ina.......! adam memanggil...
ina masih sayangkan abg kan? ina sanggup buat apa saja untuk abg kan?
ye abg...ina terlalu syg kan abg.. tiada org lain di hati ina.. hanya abg seorang..
tapi mengapa hendak tinggalkan abg? ina tahukan abg tak boleh hidup tanpa ina. kalau ina takda abg rasa baik abg mati je.
abg!! kenapa cakap macam tu... abg tahukan itu berdosa. tanpa ina pun abang mesti boleh hidup lagi.
tapi abg terlalu sayangkan ina.. tak ingin kehilangan ina. percayalah sayang.... adam memandang tepat ke arah mata ina.
abg..ina tahu.. ina pun mempunyai perasaan yang sama macam abg. tapi cinta kita tidak direstui abg.. apakah maknanya cinta tapi tiada restu dari orang tua kita. nanti kita tidak akan bahagia juga.. sanggupkah abg hidup macam tu.. mengorbankan perasaan keluarga kita.
abg tak peduli semua itu ina...yang abg hanya mahukan ada lah ina.. bukan orang lain.
salina terdiam.. hendak menitis air mata nya melihat reaksi adam itu.. teringat dia kepada peristiwa yang mana menyebabkan mereka berada di situasi begini..
sebelum kejadian di atas...
ina seorang anak gadis kampung yang cukup manis sekali... wajahnya yang ayu walaupun tanpa secalip mekap mampu menggetarkan hati adam melihatnya. tambahan pula salina hanya memakai baju kurung sahaja jika ke kelas. pertemuan salina dengan di kolej membuahkan bibit-bibit cinta sehingga walaupun salina mulanya menolak untuk bercinta tetapi salina pun tidak tahu kenapa dia boleh terpikat dengan adam anak seorang usahawan terkenal.. sedangkan salina hanya anak seorang petani kampung sahaja..
yang lebih mengejutkan ina.. mereka berkawan sudah setahun dan sekarang berada di tahun 3 tiba-tiba sahaja adam mengajak salina berkahwin dengannya.
salina sedang berada dalam dilema.. jika ia berkahwin dengan adam.. bagaimana sepupunya yang sudah merisik nye? walaupun salina tidak bersetuju dan tidak inginkan sepupunya tapi sepupunya tetap menunggu ina. tambahan pula, sepupunya yang selalu membantu keluarga ina tentang masalah kewangan.
ina menjadi serba salah... dia mahu tamatkan pelajaranya dahulu. membantu keluarganya, membayar balik wang yang telah diberikan oleh abg saiful sepupunya yang telah membantunya. jika dia berkahwin bermaksud dia tidak dapat melakukan semua itu. mesti kena dengar dan mengikut telunjuk suaminya.
dan apabila dikhabarkan kepada ibunya tentang lamaran adam itu, ibu nya dan ayahnya terkerjut dan tidak bersetuju dengan rancangan adam itu. ibu tidak mahu ina menikahi anak orang berada kerana tidak mahu dicemuh kerana tidak sama darjat. lagi pun kata ibu abg saiful tetap menunggu setia ina.. hujung minggu pasti ada sahaja panggilan daripada abg saiful yang bekerja sebagai guru bertanyakan khabarnya.. itupun jarang-jarang salina layan kerana tak mahu abg saiful masih berharap. ibu dan ayahnya tetap berkeras tidak mahu ina berkahwin dengan adam sekarang. tiada restu baginya..
suatu petang..lepas kelas..
assalamualaikum sayang...hehe.
oh.. awk ni. terkejut saya.
hah.... jawaplah salam dulu sayang.
dah jawap dah dalam hati ni...balas salina.
oo..dh jawap ek..huhu. lau jawap dalam hati maksudnya tuan yang bagi salam tulah yang masuk dalam hati cik salina saida kita ni kan...hehe
amboi! ye la... tuan adam aeril.... nk apa ni?
amboi..ish2...garangnye. nk sayang boleh..?hehe. adam tersenyum gatal. nape panggil awak plak tadi. panggil lah abg syg...
ish awk ni..kitakan di tempat awam.. malulah.
laaa...nk malu ape nye... bia lah orang tahu yang adam-ina is COUPLE!!!!!
kalau boleh tunang dan dah nak kahwin pun kan sayang.......
amboi gigitkan baru tahu... ina merenung geram ke arah adam..
eh..eh nk gigit kita pula... gigit la kalau berani.. tak takut pun ha..
takpa2..nantilah kena.
ina.......
ye abg.. ada apa ni?
abg rasa nak bawak ina jumpa mama ngan papa abg dah!!!
hah!!! jerit ina...nk tersedak sendiri ina apabila mendengar pengakuan adam itu. mereka yang duduk di bangku taman hijau di kolej tersebut menyebabkan ada yang lalu di kawasan itu memandang pada mereka berdua. sebab terdengar jeritan kuat ina tu.
ish2.. sayang ni.. yang terkejut macam tu kenapa nye ha.. boleh eh syg..? esok cuti minggukan. abg bwk syg jumpa mama papa abg eh... Yaahhhuuuu!!!!!!!
salina terdiam.. tidak tahu hendak mengatakan apa.. dia terkejut. tentunya dia tidak bersedia lagi. tidak bersedia berjumpa dengan ibu bapa adam. dalam keadaan begini.. ina buntu!!! dengan masalah tidak dipersetujui oleh ayah dan ibu nya apabila diutarakan adam ingin berkahwin dengannya.
uh..abg ni.. orang tak kata apa2 pun dah yahuuu.. suka buat keputusan sendiri... muncung mulut ina
ye lah sayang... comel la syg muncung mcm tu..huhu. umm, lepas jumpa mama papa abg.. abg nak diorang masuk meminang ina. lepas tu kita kahwin dan masih lagi belajar. abg akan tanggung ina dan jaga ina.. hehe. nti boleh lah kita study sama-sama malam2 kan syg... adam membuat ayat gatalnye lagi.
ah....malas la ina nak layan abg tu..gedik lebih............
hahahaha.,..adam ketawa mendengar ayat ina itu.
ina terus bangun dan adam mengikutinya dari belakang.. huhu. padahal hati ina senang bila bergurau senda dengan adam. dia turut menyanyangi adam. melihat muka adam yang cerah macam kulitnya kuning langsat di tambah lagi dengan ada lesung pipit sebelah kanan memang mampu mencairkan hati nya dan wanita lain apabila melihatnya. sungguh tampan sekali.
keesokkan..
adam telah menunggu dalam kereta di hadapan hostel kolej untuk mengambil ina.
sebelum turun ina berasa jantungnya memang berdebar-debar sangat untuk jumpa ibu bapa adam. ina hanya memakai baju kurung kain cotton berbunga pink dan putih dengan dan selendang berwarna pink... tampak manis sekali gaya dan wajahnya. ina membetulkan baju dan tudung nya sekali lagi bagi menghilangkan gugup yang ada di dada.
ina turun dan memasuki kereta adam yang telah sedia untuk menjemputnya...
cantiknya sayang.....adam berkata dengan mata tak lekang dari melihat ina yang manis sekali dengan gayanya.
ina tersenyum malu...dan kereta adam pun bergerak.
di dalam kereta mereka diam sahaja.. hanya bunyi lagu sahaja. masing-masing melayan perasaan. adam senang untuk bawa berjumpa dengan mama papanya. manakala ina pula dengan perasaan berdebar-debar.
tiba-tiba ina membuka kata kepada adam..
abg.... mama dengan papa abg dah tahu ke ina nak datang ni? ye lah ina segan dengan diaorang.
ala...jangan risau lah sayang.... abang dah bagi tahu dah diorang tu. mama dengan papa abg OK je..
adam teringat yang 2 hari lepas dia ada memberitahu mama dan papa nya tentang dia ingin memperkenalkan ina kepada mereka. ternyata kedua orang tua nya terkejut ye lah.. adam aeril kan masih belajar ni dah bawa balik teman wanita hendak berjumpa mereka.
sampai di rumah itu.... ina turun dari kereta proton satria milik adam itu dan melihat rumah agam milik adam itu dengan besar dan indah sekali.. terkejut dirinya dan terdetik samaada dirinya layak untuk tinggal di sini jika suatu hari nanti dia menjadi isteri adam. sedangkan di tinggal di rumah kayu kampung sahaja. jauh berbeza sekali.
adam hanya tersenyum melihat keadaan ina dan dapat mengagak bahawa ina kekok berada di rumahnya itu.. dia merapati ina dan menyuruh ina memasuki ke dalam rumahnya. setelah masuk dan memberi salam.. adam melihat kedua ibu bapa duduk di sofa ruang tamu sambil menonton TV. salam di sambut dan ina melihat ibu bapa adam dan tersenyum serta menyalami mereka.. ina memandang mama adam yang begitu anggun sekali. kekok dia berasa.
oh..inilah salina ye... kawan adam. cantik jugak la... bicara Puan Sri Anita Aulia
ina hanya diam membisu dan menggangguk kan sahaja.
eh, dah sampai ni... jom lah makan tengah hari bersama-sama. jom adam ina... kata papa adam Tan Sri Allan Aris.
selesai makan bersama.. Tan Sri Allan mengajak adam untuk berbual dengan nye di taman berhadapan air terjun di laman rumahnya.
Puan Sri Anita menjagak ina untuk berbual di ruang tamu sahaja..
suasana senyap sahaja diantara puan sri anita dan ina. sehinggalah berbunyi suara puan sri anita bertanyakan anita.
kamu baru je kan kenal adam ? macam mane boleh nak kahwin pula.. kamu berdua kan masih belajar... saya memang tak setuju. yelah kalau boleh saya nak anak saya kahwin dengan orang yang sama taraf dengan kami... tapi saya tak kisah siapa pilihan adam..kalau di dah suka kamu. tapi saya memang tak setuju lagi bila adam nak kahwin masa ni.. kamu berdua muda lagi tahu masih belajar lagi. ni sibuk pula nak kahwin.. kamu faham kan apa yang saya cakap.
ina terkesima mendengan bicara dari mamanya adam ternyata mereka juga tidak merestui juga jika dia dan adam ingin berkahwin sama seperti kedua orang tua nya yang juga tidak bersetuju.
ina menjawap dengan lemah.. saya faham puan sri....
di antara adam dan papanya juga berlaku perkara yang sama.
di dalam kereta ketika ingin menghantar ina pulang mereka langsung tidak bercakap kerana memikirkan perkara tadi. mungkin kah sebab mereka belajar lagi.. tidak sanggup untuk pikul tanggungjawab nanti... bagaimana pula dengan perasaan mereka??
adam.. papa dah uruskan pertukaran kolej adam untuk belajar di london. sambung belajar di sana. mama dengan papa pun akan menetap di sana sebab papa nak uruskan cawangan kita di sana.. cawangan kita disini abang kamu yang akan uruskan.. tan sri memandang anak teruna bongsu yang amat disayanginya itu. oleh itu, papa nak adam belajar di sana tinggal dengan papa. tak usah kamu nk fikir soal kahwin lagi. adam terus diam. dan ina juga telah mengetahui perkara yang sama ada juga diberitahu oleh puan sri anita tentang adam yang akan sambung pelajarannya di london.
sampai di kolej.. ina terus turun dari kereta tanpa berkata apa-apa. hati juga sedang resah. tapi memikirkan ibu bapa nye dia tak mahu melukakan hati mereka dan dia juga dia mahu kehilangan ina.. bila cinta tak direstui..
2 minggu kemudian.....
pertemuan ina dan adam...
abang..ina rasa lebih baik kita berpisah disini..
abang dah nak pergi kan sambung belajar ke london.
ina reda abang..ina pasrah takdir kita begini.
tapi ina percaya jika ada jodoh diantara kita
ina sayangkan abang..
terasa sebak hati lelaki adam mendengarkan kata-kata ina.
lusa, dia akan bertolak ke london dengan ibu bapa nya. dia akan menyambung pelajarannya di sana. bermakna dia akan terpisah dengan salina saida. insan yang amat disayangi nya. mampukah dia?
ina....kalau itu kehendak ina. abg biarkan kita berpisah. biar cinta kita tak direstui disebabkan darjat tapi abg juga tetap percaya jika ada jodoh diantara kita.
adam tidak sanggup lagi berlama situ.. biarlah segala nya selesai..
adam bangun dan berkata pada ina.... "kenang daku dalam doa mu sayang"
lalu adam berjalan meninggalkan ina..
di satu tempat ina sebak menangis melihat pemergian adam.
di kamar yang sepi..hari di mana adam akan berangkat ke london. ina setia mengingati adam dengan " akan mu ingat dirimu syg di setiap doa ku" walaupun cinta kita tak direstui aku tetap menyanyangi mu ADAM AERIL dr SALINA SAIDA.
kasih kita- untuk ADAM AERIL
aku menyenangi kerana dirimu,
aku senang bersamamu,
saat bersamamu aku ingin terulang,
bersama seperti mula-mula,
walaupun jauh..aku terasa dekat,
dekat di hati ku salina saida,
ingatkah kau pada ku sayang,
mohon kau setia abadi disana,
doaku sentiasa ada untuk mu,
aku dan dirimu,
kenang daku dalam doamu sayang,
akan ku ingat dirimu syg di setiap doa ku,
ingin terbang juga bersama mu,
cinta ini tak pernah hilang,
cinta pada mu...walaupun,
kita terpisah-cinta kita tak direstui.
warkah SALINA SAIDA angin sampaikan pada ADAM AERIL.
ADAM AERIL |
SALINA SAIDA |
SALAM SAYANG SEMUA... HUHU. INILAH ADALAH CERPEN KEDUA SAYA. HARAP SAPE YANG BACA NI SUKA LAH NYA. SAYA MASIH LAGI BELAJAR..
-ZAZA ZALI-
No comments:
Post a Comment