pages

Monday 30 April 2012

dapat cenderahati dari MOMO

salam semua..huhu. hari isnin aku masih lagi xde kuliah..yahuu.. ape ke benda la aku buat hari ni kan.. bangun tido kemaskan diri layan novel, layan internet.. satu habuk pun aku tadak buat nye..

adoi!! ape nak jadi dengan kau ni zaza zali ek??? asgment dah siap ke?

alamak.. belum lg nye...adoi. nak salahkan sape mcm ni.. salahkan diri sendiri la..huhu

bosan-bosan petang aku pergi kat fakulti.. hari ni tak makan lagi.. rasa nak makan roti himpit ayamas..lepas tu pegi lah kat situ.. ramai orang la pula..umm, lepas tu pekerja dia 3 orang. boleh lengah-lengah plak buat kerja sambil berbual-bual duk gelak lagi..geram nye aku.. uishhh.. lepas tu malas la aku nak tunggu. aku pun pergilah beli roti dengan bakery bawah.. pegi-pegi tinggal donut je ngan 2 jenis roti lain uisshh..geram nye aku dah la lapaqq ni.. aku pun beli satu roti pulak tu roti dah keras sebab yang pagi punya.. haiyo apalah aku kena hari ni kan..

balik bilik 2..tiba-tiba aku terdengar ketukan bilik.. umm, sape ek?

dah teringat pada MOMO aku..yahuuuu.. MOMO aku dah balik!!!..heheh

huhu..MOMO aku adalah KILA.  http://mylittlediarymomo.blogspot.com

hehe..aku pergi pergi kat bilik dia nak tengok barang ape dia bawak balik n... momo cakap.. "zaza aku beli baju ni untuk kau" hahah..aku dah teruja dah ni..nk gi tengok.






huhu..ada dua baju yang kena pilih... satu untuk aku dan satu lagi untuk rumet MOMO... so, aku pilih la dulu. satu baju ni..satu lagi baju dia gambar gajah kat depan.. so, aku ambik baju ni..

tQ MoMo sbb bagi cenderahati kt Zaza ni..huhu

umm,, aku pun duk belek2 lagi apa lah kila beli byk la kila beli untuk lecturer dia..lepas tu kila beli kain sutera silk untuk family dia..

seronok nye dengar dia bercerita.. yelah aku  tak pernah lagi pergi kat luar negara. malaysia ni pun x abih pusing lagi.. umm, xpelah. bersyukur ape je yang ada sekarang kan...huhuhu

ada orang ingatkan aku pun dah bnyak terima kasih.. tQ MoMo a.k.a kiki lala.....

Sunday 29 April 2012

PESTA BUKU PWTC 2012

salam semua.
hujung bulan april ni pesta buku PWTC dh bermula.
dan buat kali pertama nye aku sampai kt sini. tahun lepas aku tak sempat nak pergi.
tapi sekarang aku tak nak lepaskan peluang tu.
pada 27.4.2012 aku dah peergi first day kat pesta buku. nasib baik la jalan tak jem sangat.
aku pergi kat pesta buku ni sebab nak usha novel-novel la dan belilah sekali kan..huhu.

fisrt aku masuk dalam tu ramai sangat oramg dengan budak-budak datang buat lawatan kan.
masuk dalam tu pusing gerai yang dekat-dekat ni saja. lepas tu jalan jauh ceket pening aku sebab dia banyak dewan dan barulah aku faham jalan dia macam mane. kot-kot sesat la nanti kan..hehe.

masuk dewan tun hussien on aku singgah kat gerai karya seni punya novel. umm, beli novel SUAMI YANG KU BENCI dgn SUAMI AKU USTAZ. bestnye sebab ada potongan 20% bersamaan dgn RM5 tau!!!. murah la.. jimat duit aku hehe.. masa kat gerai karya seni  tu ada penulis MELUR JELITA yang menulis novel AWK SUKA SAYA TAK? umm, aku tak beli pun novel tu.. sampai petang ada lagi penulis dekat situ tapi aku tak kenal pula.

lepas round2 aku sampai kat gerai POPULAR.. kat situ ada RS PUBLICATION. dab penulis novel siti rosmizah pun ada tau! um,, pertama kali aku tengok dia. tapi aku tak beli pun masa tu novel yang terbaru. nanti2 lah kan. da masuk round tingkat atas aku masuk pulak tempat karangkraf.. aduh.. satu dewan sahaja yag karangkaraf punya tempat.. besar sangat. kat sini aku beli jugak novel 2 biji dan tentunya ada potongan harga jugak sebanyak RM5.

sepat pose kat sini hehe.



opps..kita org bru kenal kt sini je.


setelah penat jalan-jalan dan dapatkan buku yang aku nak.. nak balik la kan. memang rambang mata lah tengok buku-buku kat sini. banyak sangat. kalau aku kaya ni memang aku dah beli dah buku yang suka ni. seronok sangat.


Saturday 28 April 2012

masuk libary...buat hajat

hehe..hajat ape ek?  apa la kan.. hajat ape lagi.. hajat nak buat aseimen la..yang banyak adoi. oh aseimen dekat di hati ku.. tapi satu pun tak siap lagi.. masuk libary nak cari tesis. mula-mula masuk bukak laptop...umm, bukak internet dulu..pastu buka FB. bukak internet nk cari maklumat ye... bukak FB nk tengok komen2 je ek...

dah-dah boring ape lagi snap shot je lah kerja nye... hendak menunjukkan bahawa masuk libary... hehe, xde lah. masuk nak buat kerja tau.

2 hari aku masuk libary..umm, kerja dalam proses lg..huhu. insyaallah  moga siap cepat nye.




jom cari tesis.hik2





ini saya pakai inner bawal dgn selendang. aisshh.. sempat lg promote tudung ape yg pakai.

geram ke weh?



jgn kacau..kusyuk 2. 
masuk perpustakaan tun seri lanang ni... memang nak buat hajat untuk siapkan aseimen..huhu.

Thursday 26 April 2012

novel awas!!

salam semua...huhu. aku ni tak abis-abis nye dengan baca novel.. kalau korang nak tahu. novel aku banyak lagi tak terbaca tapi masih jugak beli novel yang seterusnya. umm, novel ni aku minat yang jenis-jenis kelakar sikit. yang jiwang kurang la.. tapi ada jugak kan tajuk novel nampak best tapi isi cerita dengan tajuk tak sama pula. adoi...huhu






best sangat tahu novel ni.. yang part mula-mula sampai tengah tu kelakar betul. suka baca novel ni. dengan gelagat ikram dan syafiqa. ikram yang mengorat syafiqa lucu betul. pulak tu khairil kawan ikram jatuh hati pulak kat fiqa, lepas tu amalina muncul untuk merebut kembali ikram. dah part akhir tu sedih la pulak. tapi keseluruhan novel ni sangat memuaskan hati..

aku suka baca yang karya seni punya.. walaupun kebanyakkan penulis nya adalah masih baru dan ada juga yang pertama kali hasilkan novel ni tapi ianya segar. teringin juga nak hasilkan novel sendiri tapi entahlah keinginan tu tak kuat sangat sebab tak larat nak karang cerita. kalau cerpen tu ok lah juga sebab pendek je kan..

ok lah... harap korang peminat novel jangan lupa ek baca novel ni..kalau x rugi betul nye.. cerita yang best.

Wednesday 25 April 2012

membatik- sentuhan warna yang pertama

dimulakan dengan BISMILLAHHIROHMANNIRAHIM..

ASSALAIMUALAIKUM...

setelah minggu lepas ko-k aku batik aku dah siap memwarna kan.. so proses seterusnya adalah memwarna pula.penat nya usah terkira la.. kita orang mula buat pada pukul 9 pagi dan berakhir sampai pukul 5 sebab nak siapkan batik ni. tapi tak siap-siap jugak. 

kalau korang nak tahu warna batik kalau dah kena kat tangan kita susah nak hilang tau.. mungkin seminggu baru hilang nye. adoi. aku dah banyak kali dah kena.. tapi nak  buat macam mane kan.

ini baru projek kumpulan.. lepas tu ada projek individu lagi. sabar je lah.huhu.
nama pun dalam proses pembelajaran lagi.

bab-bab membuat kerja batik kami bukanlah terror sangat pun. asal buat je.. oklah daripada tak jadi langsung kan.

haha..snap sebelum pergi ko-k batik ni













huhu. setelah penat seharian tapi tak siap jugak kan nak abihkan warna batik adoi..
sambung akan datang seterusnya pula.

Tuesday 24 April 2012

kita terpisah - cinta tak direstui








ina.......! adam memanggil...

ina masih sayangkan abg kan? ina sanggup buat apa saja untuk abg kan?

ye abg...ina terlalu syg kan abg.. tiada org lain di hati ina.. hanya abg seorang..

tapi mengapa hendak tinggalkan abg? ina tahukan abg tak boleh hidup tanpa ina. kalau ina takda abg rasa baik abg mati je.

abg!! kenapa cakap macam tu... abg tahukan itu berdosa. tanpa ina pun abang mesti boleh hidup lagi.

tapi abg terlalu sayangkan ina.. tak ingin kehilangan ina. percayalah sayang.... adam memandang tepat ke arah mata ina.

abg..ina tahu.. ina pun mempunyai perasaan yang sama macam abg. tapi cinta kita tidak direstui abg.. apakah maknanya cinta tapi tiada restu dari orang tua kita. nanti kita tidak akan bahagia juga.. sanggupkah abg hidup macam tu.. mengorbankan perasaan keluarga kita.

abg tak peduli semua itu ina...yang abg hanya mahukan ada lah ina.. bukan orang lain.

salina terdiam.. hendak menitis air mata nya melihat reaksi adam itu.. teringat dia kepada peristiwa yang mana menyebabkan mereka berada di situasi begini..

sebelum kejadian di atas...

ina seorang anak gadis kampung yang cukup manis sekali... wajahnya yang ayu walaupun tanpa secalip mekap mampu menggetarkan hati adam melihatnya. tambahan pula salina hanya memakai baju kurung sahaja jika ke kelas. pertemuan salina dengan di kolej membuahkan bibit-bibit cinta sehingga walaupun salina mulanya menolak untuk bercinta tetapi salina pun tidak tahu kenapa dia boleh terpikat dengan adam anak seorang usahawan terkenal.. sedangkan salina hanya anak seorang petani kampung sahaja..

yang lebih mengejutkan ina.. mereka berkawan sudah setahun dan sekarang berada di tahun 3 tiba-tiba sahaja adam mengajak salina berkahwin dengannya.

salina sedang berada dalam dilema.. jika ia berkahwin dengan adam.. bagaimana sepupunya yang sudah merisik nye? walaupun salina tidak bersetuju dan tidak inginkan sepupunya tapi sepupunya tetap menunggu ina. tambahan pula, sepupunya yang selalu membantu keluarga ina tentang masalah kewangan.

ina menjadi serba salah... dia mahu tamatkan pelajaranya dahulu. membantu keluarganya, membayar balik wang yang telah diberikan oleh abg saiful sepupunya yang telah membantunya. jika dia berkahwin bermaksud dia tidak dapat melakukan semua itu. mesti kena dengar dan mengikut telunjuk suaminya.

dan apabila dikhabarkan kepada ibunya tentang lamaran adam itu, ibu nya dan ayahnya terkerjut dan tidak bersetuju dengan rancangan adam itu. ibu tidak mahu ina menikahi anak orang berada kerana tidak mahu dicemuh kerana tidak sama darjat. lagi pun kata ibu abg saiful tetap menunggu setia ina.. hujung minggu pasti ada sahaja panggilan daripada abg saiful yang bekerja sebagai guru bertanyakan khabarnya.. itupun jarang-jarang salina layan kerana tak mahu abg saiful masih berharap. ibu dan ayahnya tetap berkeras tidak mahu ina berkahwin dengan adam sekarang. tiada restu baginya..

suatu petang..lepas kelas..

assalamualaikum sayang...hehe.

oh.. awk ni. terkejut saya.

hah.... jawaplah salam dulu sayang.

dah jawap dah dalam hati ni...balas salina.

oo..dh jawap ek..huhu. lau jawap dalam hati maksudnya tuan yang bagi salam tulah yang masuk dalam hati cik salina saida kita ni kan...hehe

amboi! ye la... tuan adam aeril.... nk apa ni?

amboi..ish2...garangnye. nk sayang boleh..?hehe. adam tersenyum gatal. nape panggil awak plak tadi. panggil lah abg syg...

ish awk ni..kitakan di tempat awam.. malulah.

laaa...nk malu ape nye... bia lah orang tahu yang adam-ina is COUPLE!!!!!
kalau boleh tunang dan dah nak kahwin pun kan sayang.......

amboi gigitkan baru tahu... ina merenung geram ke arah adam..

eh..eh nk gigit kita pula... gigit la kalau berani.. tak takut pun ha..

takpa2..nantilah kena.


ina.......


ye abg.. ada apa ni?


abg rasa nak bawak ina jumpa mama ngan papa abg dah!!!

hah!!! jerit ina...nk tersedak sendiri ina apabila mendengar pengakuan adam itu. mereka yang duduk di bangku taman hijau di kolej tersebut menyebabkan ada yang lalu di kawasan itu memandang pada mereka berdua. sebab terdengar jeritan kuat ina tu.

ish2.. sayang ni.. yang terkejut macam tu kenapa nye ha.. boleh eh syg..? esok cuti minggukan. abg bwk syg jumpa mama papa abg eh... Yaahhhuuuu!!!!!!!

salina terdiam.. tidak tahu hendak mengatakan apa.. dia terkejut. tentunya dia tidak bersedia lagi. tidak bersedia berjumpa dengan ibu bapa adam. dalam keadaan begini.. ina buntu!!! dengan masalah tidak dipersetujui oleh ayah dan ibu nya apabila diutarakan adam ingin berkahwin dengannya.

uh..abg ni.. orang tak kata apa2 pun dah yahuuu.. suka buat keputusan sendiri... muncung mulut ina

ye lah sayang... comel la syg muncung mcm tu..huhu. umm, lepas jumpa mama papa abg.. abg nak diorang masuk meminang ina. lepas tu kita kahwin dan masih lagi belajar. abg akan tanggung ina dan jaga ina.. hehe. nti boleh lah kita study sama-sama malam2 kan syg... adam membuat ayat gatalnye lagi.

ah....malas la ina nak layan abg tu..gedik lebih............


hahahaha.,..adam ketawa mendengar ayat ina itu.


ina terus bangun dan adam mengikutinya dari belakang.. huhu. padahal hati ina senang bila bergurau senda dengan adam. dia turut menyanyangi adam. melihat muka adam yang cerah macam kulitnya kuning langsat di tambah lagi dengan ada lesung pipit sebelah kanan memang mampu mencairkan hati nya dan wanita lain apabila melihatnya. sungguh tampan sekali.

keesokkan..

adam telah menunggu dalam kereta di hadapan hostel kolej untuk mengambil ina.

sebelum turun ina berasa jantungnya memang berdebar-debar sangat untuk jumpa ibu bapa adam. ina hanya memakai baju kurung kain cotton berbunga pink dan putih dengan  dan selendang berwarna pink... tampak manis sekali gaya dan wajahnya. ina membetulkan baju dan tudung nya sekali lagi bagi menghilangkan gugup yang ada di dada.

ina turun dan memasuki kereta adam yang telah sedia untuk menjemputnya...

cantiknya sayang.....adam berkata dengan mata tak lekang dari melihat ina yang manis sekali dengan gayanya.

ina tersenyum malu...dan kereta adam pun bergerak.

di dalam kereta mereka diam sahaja.. hanya bunyi lagu sahaja. masing-masing melayan perasaan. adam senang untuk bawa berjumpa dengan mama papanya. manakala ina pula dengan perasaan berdebar-debar.

tiba-tiba ina membuka kata kepada adam..

abg.... mama dengan papa abg dah tahu ke ina nak datang ni? ye lah ina segan dengan diaorang.

ala...jangan risau lah sayang.... abang dah bagi tahu dah diorang tu. mama dengan papa abg OK je..

adam teringat yang 2 hari lepas dia ada memberitahu mama dan papa nya tentang dia ingin memperkenalkan ina kepada mereka. ternyata kedua orang tua nya terkejut ye lah.. adam aeril kan masih belajar ni dah bawa balik teman wanita hendak berjumpa mereka.

sampai di rumah itu.... ina turun dari kereta proton satria milik adam itu dan melihat rumah agam milik adam itu dengan besar dan indah sekali.. terkejut dirinya dan terdetik samaada dirinya layak untuk tinggal di sini jika suatu hari nanti dia menjadi isteri adam. sedangkan di tinggal di rumah kayu kampung sahaja. jauh berbeza sekali.

adam hanya tersenyum melihat keadaan ina dan dapat mengagak bahawa ina kekok berada di rumahnya itu.. dia merapati ina dan menyuruh ina memasuki ke dalam rumahnya. setelah masuk dan memberi salam.. adam melihat kedua ibu bapa duduk di sofa ruang tamu sambil menonton TV. salam di sambut dan ina melihat ibu bapa adam dan tersenyum serta menyalami mereka.. ina memandang mama adam yang begitu anggun sekali. kekok dia berasa.

oh..inilah salina ye... kawan adam. cantik jugak la... bicara Puan Sri Anita Aulia

ina hanya diam membisu dan menggangguk kan sahaja.

eh, dah sampai ni... jom lah makan tengah hari bersama-sama. jom adam ina... kata papa adam Tan Sri Allan Aris.


selesai makan bersama.. Tan Sri Allan mengajak adam untuk berbual dengan nye di taman berhadapan air terjun di laman rumahnya.

Puan Sri Anita menjagak ina untuk berbual di ruang tamu sahaja..

suasana senyap sahaja diantara puan sri anita dan ina. sehinggalah berbunyi suara puan sri anita bertanyakan anita. 

kamu baru je kan kenal adam ? macam mane boleh nak kahwin pula.. kamu berdua kan masih belajar... saya memang tak setuju. yelah kalau boleh saya nak anak saya kahwin dengan orang yang sama taraf dengan kami... tapi saya tak kisah siapa pilihan adam..kalau di dah suka kamu. tapi saya memang tak setuju lagi bila adam nak kahwin masa ni.. kamu berdua  muda lagi tahu masih belajar lagi. ni sibuk pula nak kahwin.. kamu faham kan apa yang saya cakap.

ina terkesima mendengan bicara dari mamanya adam ternyata mereka juga tidak merestui juga jika dia dan adam ingin berkahwin sama seperti kedua orang tua nya yang juga tidak bersetuju.

ina menjawap dengan lemah.. saya faham puan sri....

di antara adam dan papanya juga berlaku perkara yang sama.

di dalam kereta ketika ingin menghantar ina pulang mereka langsung tidak bercakap kerana memikirkan perkara tadi. mungkin kah sebab mereka belajar lagi.. tidak sanggup untuk pikul tanggungjawab nanti... bagaimana pula dengan perasaan mereka??

adam.. papa dah uruskan pertukaran kolej adam untuk belajar di london. sambung belajar di sana. mama dengan papa pun akan menetap di sana sebab papa nak uruskan cawangan kita di sana.. cawangan kita disini abang kamu yang akan uruskan.. tan sri memandang anak teruna bongsu yang amat disayanginya itu. oleh itu, papa nak adam belajar di sana tinggal dengan papa. tak usah kamu nk fikir soal kahwin lagi. adam terus diam. dan ina juga telah mengetahui perkara yang sama ada juga diberitahu oleh puan sri anita tentang adam yang akan sambung pelajarannya di london.

sampai di kolej.. ina terus turun dari kereta tanpa berkata apa-apa.  hati juga sedang resah. tapi memikirkan ibu bapa nye dia tak mahu melukakan hati mereka dan dia juga dia mahu kehilangan ina.. bila cinta tak direstui..

2 minggu kemudian.....

pertemuan ina dan adam...

abang..ina rasa lebih baik kita berpisah disini..
abang dah nak pergi kan sambung belajar ke london.
ina reda abang..ina pasrah takdir kita begini.
tapi ina percaya jika ada jodoh diantara kita
ina sayangkan abang..

terasa sebak hati lelaki adam mendengarkan kata-kata ina.
lusa, dia akan bertolak ke london dengan ibu bapa nya. dia akan menyambung pelajarannya di sana. bermakna dia akan terpisah dengan salina saida. insan yang amat disayangi nya. mampukah dia?

ina....kalau itu kehendak ina. abg biarkan kita berpisah. biar cinta kita tak direstui disebabkan darjat tapi abg juga tetap percaya jika ada jodoh diantara kita.

adam tidak sanggup lagi berlama situ.. biarlah segala nya selesai..

adam bangun dan berkata pada ina.... "kenang daku dalam doa mu sayang"
lalu adam berjalan meninggalkan ina..

di satu tempat ina sebak menangis melihat pemergian adam.


di kamar yang sepi..hari di mana adam akan berangkat ke london. ina setia mengingati adam dengan " akan mu ingat dirimu syg di setiap doa ku" walaupun cinta kita tak direstui aku tetap menyanyangi mu ADAM AERIL dr SALINA SAIDA.


kasih kita- untuk ADAM AERIL

aku menyenangi kerana dirimu,
aku senang bersamamu,
saat bersamamu aku ingin terulang,
bersama seperti mula-mula,

walaupun jauh..aku terasa dekat,
dekat di hati ku salina saida,
ingatkah kau pada ku sayang,
mohon kau setia abadi disana,

doaku sentiasa ada untuk mu,
aku dan dirimu,
kenang daku dalam doamu sayang,
akan ku ingat dirimu syg di setiap doa ku,

ingin terbang juga bersama mu,
cinta ini tak pernah hilang,
cinta pada mu...walaupun,
kita terpisah-cinta kita tak direstui.

warkah SALINA SAIDA angin sampaikan pada ADAM AERIL.


ADAM AERIL
                     
SALINA SAIDA
                                                  

SALAM SAYANG SEMUA... HUHU. INILAH ADALAH CERPEN KEDUA SAYA. HARAP SAPE YANG BACA NI SUKA LAH NYA. SAYA MASIH LAGI BELAJAR..

-ZAZA ZALI-
                                                                                                  

Monday 23 April 2012

part 1 : gaya tudung kahwin, nikah, sanding yang tertutup

..salam semua..

trend fesyen tudung sekarang ni macam-macam kan.. suka sangat tengok orang fesyen tudung masa kahwin. sebab inilah masa dan saat yang paling bahagia dalam hidup. mestilah nak nampak cantik kan masa kahwin tu.
 ok.part 1 ni adalah tudung fesyen yang nikah yang bertutup.



cantik...gaya yang cukup menarik kan.


nanti teringin nak macam ni.. cantik




cantik jugak.. tapi tak berat ke kepala tu... adoi.. kalau buat majlis kat hotel xpelah kena econ. ni buat kat  kampung dengan cuaca panas terburai sanggul...huhu


mahkota atas kepala tu penting...huhuhu

dr.halina yang sangat sweet...cantik

Gambar Kahwin Natasha Hudson-Carleed Khaza
tudung yang ringkas.. tapi baju tu yang lawa sangat.

inspirasi....

manis senyuman di hari bahagia.. farah anuar.

bersederhana itu lebih baik

apa yang ada padaku..hanyalah  dikau yang berhak.. moga di muliakan disisi ALLAH.
inilah baik kan..berjilbab labuh masa kahwin. sejuk hati dan mata memandang.


masing-masing ada citarasa sendiri kan..huhu. melakukan perkara yang menyenangkan itu adalah lebih baik.. 

biarlah kita cantik di pandangan yang esa.

Saturday 21 April 2012

info tak sengaja.



          GADIS 21 TAHUN MILIKI  BUAH DADA BESAR.


Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.
Namun berbeza Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.
Stephanie, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.
Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.
“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.
“Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.
“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.
Menurut Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.
“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.
“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.
Stephanie menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.
“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu. Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.
Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan cinta sejati.
Bagaimanapun saiz buah dada Stephanie adalah agak kecil berbanding buah dada Norma Stitz yang memiliki saiz buah dada sebenar 102ZZZ yang mencipta rekod sebagai saiz buah dada tulen terbesar di dunia. – Mynewshub.my

 di atas adalah entry yg aku terjumpa dalam blog orang lain.. kesian gadis ni kan tapi kalau dah besar macam ni aku pun seram. dan kisah nye adalah seperti diatas.

Friday 20 April 2012

cerita april fool






sekarang kita masih di bulan april lagi kan.. ok.. kita dah sedia maklum bahawa april fool tidak baik disambut tapi ini hanyalah gurauan membe-membe je...huhu.dan aku teringat satu cerita yang paling aku tak suka orang kenakan april fool kat aku..nak menangis pun ada masa tu. sebab malu sangat, geram, marah semua ada.dan orang yang kenakan aku tu boleh gelak-gelak lagi bukan nak mintak maaf pun tapi siap perli aku lagi..
mengong betul...hahaha

al-kisah nya..kejadian ni berlaku masa aku masih sekolah lagi tingkatan 6. umm, tak ingat dah masa ting 6 bwh @ ats. jadi budak kelas aku ni plan nak gi jalan-jalan umah cikgu kelas kitaorang.. sebab kita orang ni rapat ngan guru kelas kami. 

kita orang pergi ngan kenderaan masing-masing dan aku tumpang kawan aku yang ada kereta. aku ngan kawan aku ni tak tahu apa-apa plak yg dirancang oleh sepupu aku ni.. sepupu aku lelaki sama baya dan sekelas ngan aku. sepupu aku dah sepakat ngan budak laki nak kenakan aku.

dalam kereta tu, kawan aku pun tanya.. yang sepupu aku tak pegi ke? aku mu msj la sepupu aku. sepupu balas dia kata tak dapat pergi sebab ada hal. ada budak laki klas aku call aku beria-beria suh aku pujuk sepupu aku tu datang umah cikgu. aku tak perasan lagi la masa tu yang rancangan dia orang. lepas tu aku ni plak bodoh la pegi call pujuk sepupu aku suh datang sekali..beria-beria aku ni. tapi sepupu cakap tak boleh datang jugak.

sampai di rumah cikgu aku tu aku pun..beria bagi tahu budak laki kelas aku yang sepupu tak dapat datang dan diaorang terus gelak dan sepupu pun ada masa tu.. dan mereka gelakkan aku kuat-kuat cakap aku bodoh tertipu ngan diaorang.

ya allah,,,aku rasa nak menangis je terus masa tu dengan malu, marah, geram semua ada.. terutama kat sepupu aku. aku punya la beria-beria call sepupu aku suruh datang jugak padahal dia dah sampai awal lg dan berpakat ngan yang lain plak..

aku tahu semua tu hanyalah gurauan dan faham lah itu macam mainkan perasaan orang. lepas tu  tak de pun nak datang pujuk aku ke, mintak maaf ke.. dan memang aku berharap yang diaorang aku terima balasan sebab mainkan perasaan aku..
memperbodohkan aku.. tulah hati ni dah geram sangat. lepas tu boleh dia orang perli kat aku kata aku ni manja nak nangis latu..

memang ada budak budak lelaki tu suka kacau aku..yang kenakan aku dengan ini aku BENCI SANGAT PADA KAU MASA TU. sekarang aku dah maafkan kau.. tapi sisa sakit hati masih ada sampai sekarang.

dah tiba-tiba mereka kenakan aku dengan katakan "APRIL FOOL"!!!!!

mengong-mengong semua yang kenakan aku tu...hahaha



NATURAL BEAUTY







anda mesti pernah dengan kan slogan "kecantikan adalah hak milik setiap insan".
kita hendaklah bersyukur dengan apa yang telah kita dapat. 

jadi, cantik itu adalah subjektif, citarasa orang kan berbeza-beza ada yang suka gelap, putih, gemuk, kurus, sedang-sedang dan lain-lain lagi.

AKU ADALAH AKU


bila aku tengok gambar aku ni.. YA ALLAH  apasal nampak pucat sangat eh muka aku. yelah, ni aku cuma pakai bedak je dan seangkatan kosmetik lain aku tak pakai.. sebab masa ni nak pergi kelas je pun.  tak payah la nak mekap2 sangat kan. ringkas je dah cukup. mengenakan baju kurung dan selendang ringkas je kan.

um, aku teringat masa aku tukar I/C aku.. masa tu aku berumur 18 tahun. bila duk atas kerusi nak ambik gambar orang yang nak gambar tu pun tanya aku.. adik tak pakai ke gincu sikit.. pucat sangat la muka nampak. yelah.. dah aku pakai bedak je pun. aku pun macam tercengang plak dengan kening yang berkerut ha???????? .hahaha... nak gelak aku pulak masa tu.

lepas dah siap I/C aku tu..barulah tahu muka aku macam mana.. disebabkan muka aku ni yang agak cerah la jugak lepas tu silauan cahaya semasa ambik gambar ni...jd dalam gambar putih melepak ngan pucat sangat nampak muka..haha

moral nya..ok lah nanti nak gi tukar I/C pulak aku nak mekap lawa-lawa.haha. tak nak dah nampak pucat je.

cukuplah sekadar natural beauty kan.. tak perlu melebih-lebih. aku pun suka mekap jugak, suka kan kecantikan tapi biarlah kena ngan masa,tempat, keadaan dan mood aku.huhu.

tapi xpe.. yang penting aku suka dan senang dengan cara aku sekarang.

jadi korang semua jadilah natural beauty. kalau orang tu suka kat kita biar dia nampak kecantikan semulajadi kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...