pages

Monday 28 May 2012

MooD Balik Kampung

yehaa.. eh2. salam semua..huhu. hari ini tamat la kelas aku untuk semester ini. sem ini. yuhuu...hihi.
hari ini kita orang ada kelas pembentangan video. so, group aku dan lepas dah.
lecture buat tema hitam putih.
aku dengan semangat ni. kenakan baju kurung putih n selendang hitam..
adoi ikut tema la kan.

masa pembentangan video kita orang menonton sambil makan-makan.
haha..kenyang sangat.
habis part 1..datang plak part 2 kawan sekelas bawak KFC...
alah...dah kenyang KFC baru sampai.
tapi peluang tak dilepas kan. hehe

bila dah abih kelas kitaorang ambik part 3 bergambar bersama-sama..huhu
sekarang cuaca panas kan.. tahan je lah.

cuti study week yang seminggu dah jadi 2 minggu. 
aku apalagi ambik peluang yang ada depan mata nak balik kampung.
rindunya kat kelauarga aku.

yahuu..

jumpa di minggu exam semua kawan-kawan.

Saturday 26 May 2012

heliza yg sweet..

salam semua.. um, hari nak buat cite pendek je ek..ok..hehe. bila dan usha-usah FB zaza kan lepas tu ternampak entry yg zaza dh tulis tudung zaza sama ngan heliza helmi tu..ok.
men zaza tunjuk gambar dia..huhu.











ooo..dah nampak kan.
gambar ni diambil masa heliza tengah buat program Rasa Halal Orien kat Korea.

so, Heliza yg sangat swett..

ting-ting.
huhuhu

-Y0Y0-

Thursday 24 May 2012

tudung sama dengan artis!!


salam cik adik dan cik adik semua kenal kan..huhu
HELIZA HELMI.

umm, ada ape ek dengan dia. ok2. cantik kan dia pakai tudung tu..
end...first aku tgk gmbar ni.
terkejut aku tgk tudung dia..
tengok2 banyak kali.. yelah..

TUDUNG DIA SAMA NGAN TUDUNG AKU.!

korang x percaya? 
ha tengok ni.. meh aku tunjuk.















mana ni?







sabar..












jeng-jeng.. sama x?


oppss.. macam mane bleh sama plak kan.. huhu.










ni dia.....tudung yang dipakai adalah sama.
tapi zaza rasa heliza helmi ni pakai lagi sweet dan cantik kan.



-peace-

Friday 18 May 2012

siapakah gadis idaman lelaki soleh?



1. berpegang kepada agama.

gadis ini mempunyai peribadi yang unggul. ciri-ciri in jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya.
sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pengangan agamanya. dia sesekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat islam.

2. kecantikan dalaman

fitrah manusia dijadikan lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. inilah kecantikan dalama sebenar yang dicari oleh lelaki soleh. dia tidak akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. memahami lelaki.

anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika anda berupaya memahami hati lelaki. lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. merasai suka dukanya. tanpa bersuara pun, isi hati lelaki itu mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.

4. tidak mempamerkan keseksian.

jika dilihat, lelaki di luar sana memang suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita tetapi tidak suka untuk menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain.

5. manja

lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit keanak-anakan. ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. tetapi jangan pula anda menunjukkan sifat manja atau keanak-anakan yang berlebihan. takut pula lelaki akan lihat anda seperti kurang matang.

6. sejuk mata memandang.

gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan hati lelaki. ciri-ciri ini bukanlah memerlukan anda merias wajah dengan alat solek tetapi cukup dengan memiliki senyuman ikhlas, sikap bersopan santun dan sentiasa memaniskan wajah. anda juga perlu sentiasa menjaga aurat, menghormati orang lain, tidak terlalu cemburu ramah dan mesra.

7. pandai menjaga kecantikan.

wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. oleh itu, gadis di luar sana perlu bijak, bukan sahaja dalam menjaga kecantikan malah kebersihan diri. penampilan yang canti dan bersih menunjukkan keperibadian diri.

8. tidak cerewet

lelaki tidak suka pada gadis yang cerewet ini kerana ia boleh merimaskan  dan membuatkan lelaki itu jemu. jangan selalku mengomel sahaja..

9. berakhlak mulia.

seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuanya serta pandai  membawa diri.


Wednesday 16 May 2012

update tudung bawal dan selendang.


salam semua..hari ini nak update pasal tudung..um, ni baru je cuba2 pakai ni.. ok x?
nk tahu cara pakai?

umm,, ambik tudung bawal 1 tone @ 2 tone @ 3 tone
tp zaza ambik 1 tone sbb nak nampak mcm inner kan.

mula-mula pkai tudung bawal tu kat dalam pastikan bahagian sebelah kiri dan kanan ada satu pendek
dan satu panjang ea..

lepas tu pun kan tudung bawal  kta bawah dagu.
ambik selendang letakan mcm bawal tu inner kita kan.
lepas tu selendang ngan bawal tdi pin kan sekali kt bawah dagu.

yg selendang tu boleh sama ada nak sama panjang ke.. tapi zaza buat panjang 
dgn pendek sebelah.

ambik tudung bawal yang bahagian panjang naik ke atas kepala kan..pin kan saja.. 

lepas tu selendang tu pun putar naik ke atas juga. pin kn jugak 
bleh la nak letak keronsang ke.

taarrraaaaaa........
dh siap hehehe.

ini style yg zaza buat.

um, tp klau nak cuba ikut kreativiti dan keselesaan anda ek..

selamat mencuba..hihi


Sunday 13 May 2012

DISEBALIK HIJAB

sekarang trend fesyen berhijab ni macam-macam kan.. tapi adakah anda tahu makna disebalik berhijab itu? bukankah tudung dipakai untuk menutup rambut dan bahagian depan tudung hendaklah dilabuhkan untuk menutupi dada.

sesungguhnya berhijab ini adalah untuk manjaga maruah diri daripada mengelakkan fitnah.
tujuan utama untuk bertudung adalah bergantung kepada insan itu sendiri.


dalam islam bertudung dan menutup aurat adalah WAJIB!


dari aspek kebersihan pula mereka yg berkerja dalam bidang masakan dan jururawar harus menutupi rambut mereka. berhijab juga menggelakkan kita daripada mengenai pancaran matahari dan habuk-habuk yang tidak diingini.. itulah kelebihan berhijab.








dan akhir sekali dari saya
ZAZA ZALI



Saturday 12 May 2012

tudung bawal ikat dan celup

salam semua...huhu. hari ini dan update sikit pasal tudung yang fesyen baru jgak.. still masih tudung bawal. korang nak tau x?... apalah yang aku merepek ni kan. mula-mula aku tengok tudung ni..um, perasaan tu becampur dalam dua PELIK dan CANTIK!

bagaimanakah rupanya? 
sebenarnya corak yang macam ni dah pernah timbul dah dulu..
lepas tu beralih plak fesyen.
fesyen mcm tu la... yg baru akan turun yg lama akan naik lepas tu duk main turun naik turun naik la.

so, aku pun beli lah satu tudung ni... nak tgk x?
-
-
-
-
-
-
-




hah! ni dia..

cara pakai dia.. pin kan kat bawah dagu dan main sibai je kiri kanan
taraaa....dah siap. simple n nice. oppss..! x pkai mekap ke..
letak bedak je cikit.

yg ni zaza beli sbb mk cik jual tdung tu cakap sebelah-sebelah tone berbeza.. nmpak beza x?
umm,, ni zaza panggil tudung bawal corak ikat dan celup. huhu. sedap-sedap je kan
buh nama.

zaza pun x tahu orang lain panggil tudung ni ngan nama apa.

bagaimana boleh panggil ikat dan celup.
sbb nye zaza dah buat kain batik yang ikat dan celup.. hasilnye memang begini.
kalau korang nak try buat sendiri pun boleh. adalah cara-caranye..

memang kalau gaya macam ni orang yang berani untuk fesyen je akan pakai kn...
zaza pula nk test try je..huk3

dan satu lagi yang selalu pakai corak batik mcm ni ialah pereka fesyen yang sangat cantik dan stylo dari indonesia http://nurulain1011.blogspot.com/2012/01/dian-pelangi.html dan


tengok DIAN PELANGI pakai ni nampak cantik kan.
ok, kira DIAN PELANGI la yang bawak style mcm ni. 
batik ikat dan celup.

ok, dia x pe sebab seorang yang fashionista.. kira ini adalah identiti dia.
zaza suka tengok dia.. cantik sangat.. tp oppsss.. dah kahwin la..



haa...kat bawah ni ada lagi DIAN PELANGI  punya baju dia yang ikat dan celup ni..

....................laayyyaaaannnnnnnnn.................







Thursday 10 May 2012

hari yang sangat bluuurrr.....

salam semua.. huhu. hari ini aku rasa blur sesangat.. nk tau kenapa? sbb asgment aku byk lg x siap2 ni... adoi. dan hari ini hari khamis pagi aku xde klas.. so, dlam kepala otak aku nk bangun lambat cikit la kan. sbb kelas waktu pagi dah diganti pada petang selasa lepas. cuma aku ada kelas petang je lah kan.
dan pada hari ini macam mane aku boleh lalai dan terbabas.. adoi bangun dah waktu makan tengah hari.. umm, bagus kau ni kan zaza! hak2. 
aku ada kelas pukul 2.. then siap2 mandi pergi fakulti cari makan lepas tu pergi print nota kelas kejap dan dan je ngan lecture masuk kelas..

aarggghhh..kelas metodologi penyelidikan yang aku tidak suka.
nak tahu sbb apa?
sbb nye kelas itu tidak membuat kan pemahaman pada aku. lepas tu lecture tegas plak. adoi.. 
dan kita orang semua dah diinform kan bahawa kuiz kelas ini akan dijalankan
bila-bila masa sahaja waktu kelas.

bila masuk kelas je.. aku tengok budak-budak duk baca nota kuliah.. alamak. hari ini ada kuiz metod ke?
adoi..aku x baca langsung dan memang kepala otak xde benda apa2 langsung sbb x prepare ape2 nak jawab soalan ni. dan kuiz plak 20 markah.. ada satu soalan tu 10 markah! mak ai bukan kuiz dah.. tu esei dah.

dah jawab lah kuiz tu dalam masa sejam dengan tak tahu apa-apa. adoi. goreng je berdasarkan auta apa yang ada dalam kepala ni. 
ish2....

balik tu aku pergi libary cari bahan-bahan nk buat assgment tapi tak jumpa pun.
nama pun dah student kan. um,,, it up to self.
chaiyok zaza zali.

Sunday 6 May 2012

OH BUDAK SUKAN!

salam semua...huhu. um, hari ini hati aku rasa ok cket.. kenape selalu x ok ke? xlah...umm, mungkin dah luahkan apa yang terbuku dalam hati ini dalam erti kata lapang lah dada kan. oklah.. umm, korang tentang budak sukan ni kan..aku nak cite pasal budak sukan lelaki. ok, mesti korang rasa budak sukan adalah seseorang yang paling hot kan..umm, masa kat skolah dulu kita orang ni memang gila terhadap budak-budak sukan. kira diorang ni famous dalam sekolah. masa tu aku tinggal di asrama jadi blok aku duduk duk betul-betul depan padang. so, senang la kitaorang nak usha petang-petang tengok diorang duk main-main kat padang kan.

umm, kalau sesiapa yang couple ngan budak sukan ni mesti hot kan..kira hebat la dapat couple ngan budak sukan. dan aku ada jugak. seriously semua yang aku kenal dan terpaut adalah budak-budak sukan. entahlah..dalam hati ini memang la minat kan.. dan aku bukan yang memilih dengan budak-budak sukan tapi dah terpilih.. oh, masa aku kenal masa kegemilangan diorang tu huhu hebat la..beri sokongan..wwaaa.
tapi sekarang semua dah pencen dari main sukan tu..huhu. tapi takpa hati tetap sama.

huhu..umm, bila ada yang couple yang budak sukan mesti best kan.. lau couple lawan lepas tu kita gi beri sokongan plak. memang la the best... dan aku pernah merasai itu..hehe. tapi sekarang dah pencen. jiwa sukan tu tetap ada. aku pula jenis x minat nak bersukan..tapi lebih kepada aktiviti lasak dan ekstrem..baru mencabar.

bila lalu tepi padang nampak je budak-budak sukan duk main.. umm, hanya pandangan jauh je mampu melihat sebab ape tenung lama-lama takut ada yang terpikat plak..dah yang paling aku rasa hot dan suka sekali tentulah budak-budak bola. budak-budak bola yang paling femes sekali dan cayalah budak sepet saya..huhu. tapi sepet saya dah pencen main bola ngan U dia. tp xpe...sy tetap sokong sepet sy.

entah ape2 la kan.. saje nak kongsikan apa yang terbuku dalam hati..masing-masing ada pandangannya sendiri..sayang sayang semua.

Friday 4 May 2012

1 antara 7- Hati yang Rapuh


hati yang rapuh siapa yang tahu. aku satu diantara tujuh orang yang berwajah mungkin sama tapi perjalanan hidup dan nasib yang tentunya tidak sama. entah mengapa sejak akhir-akhir ini air mata wanitaku senang sekali ingin keluar.. bukan kah aku seorang wanita yang kuat? luaran yang sahaja begitu.. tapi hati ini juga mempunyai perasaan. aku rasa ingin lari dari perasaan ini yang menyesakkan dada.. begini sekali kah aku diuji? oh..tuhan, maafkan aku jika selama ini aku lalai terhadap mu. keinsaffan yang tak pernah putus dalam naluri hatiku. aku bukan insan sempurna.......... insan yang lemah..insan yang mudah kecewa.

siapa yang faham hati ini..biarlah ia merawat luka sendiri.. tak perlu mengharapkan simpati pada yang berasa kasihan. tidak kah kau tahu teman hati aku cuba menjadi taman buat mu..tapi kata-kata mu kadang-kadang mengguris hatiku. biarlah...aku malas untuk bicara. aku sedar siapa aku. aku sudah biasa sendiri. mengharapkan pada yang sudi.. sesungguhnya hati ini juga ada perasaan aku redha jika suratan nye begini. memang aku ingin sekali pergi jauh dari semua ini..agar kau tidak mengingati aku lagi teman..

air mata wanita sejernih mutiara..mungkin ini sudah kekuatan aku sebagai seorang srikandi pertama yang biasa hidup berdikari. salahkah aku begini.?? siapa yang tahu hati ini? sape yang fahami hati ini? beginilah insan..tapi aku tidak salahkan mu. maafkan aku juga jika kehadiranku tidak menyenangkan wahai teman. aku hanya insan biasa..yang juga memerlukan mu sebagai mencipta kenangan dalam hidup. tapi pasrah... ku tahan air mata agar tidak meruntuhkan semangat ku.


aku ingin lari..mencari ketenangan...lari dari semua ini. mendapatkan kekuatan srikandi jannah. tapi siapalah aku. bersyukurlah wahai hati. jangan lalai dengan dugaan yang datang. tuhan masih bersama lagi... hati masih berlandas keimanan. sejukanlah hatiku dengan ketenangan.. berikan aku hidayah taufik reda mu tuhan.. hati ini masih beku.. hati aku rapuh. 

aku insan biasa. insan yang lemah. maafkan aku jika diri ini menganggu ruangan hidup mu. hati ini masih seperti dulu..jalani kehidupan dengan tenang dan bahagia selalu..pic..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...