pages

Saturday 30 June 2012

aaarrrgghhh...muka bulat.



salam semua...

haha..update da masuk 1 julai.. tapi cerita ni 30 jun.
hari ini aku pergi jalan-jalan masjid jamek..
usha2.. usha2 je ke? ekkk...huhuhu
mula-mula sekali nak kluar ada tu aku nak try la pakai tudung cara lain plak.
tapi rasa mcm tak kena dengan muka je..
ekkk....
umm, dah la semakin hari berat ni bertambah kilo.
adoi.....

nak tengok si muka bulat ni?
ok2..ni dia..




ni muka penat baru balik jalan-jalan.. haha. sory x leh nak x large lah..
muka tak lawa. masa ni tengah jalan kaki nak sampai kolej.
terpaksa!.
pulak tu kena melalui tempat main golf, padang dan stadium baru lah sampai kolej tercinta aku.

bila buat gaya tudung macam ni serius cakap menampakkan kebulatan muka aku lagi..uhuu.
haha...ape2 x kisah lah.
nanti try cara lain plak..
chill out guys..


Thursday 28 June 2012

Hati. minda dan fizikal yang tidak selesa.


salam semua.
huhuhu..tetibe je nak update status ni..da boring sangat nye.
sekarang berada dalam situasi yang cukup tidak selesa.
pertama..hati- teringat nak balik kampung je. nakbalik cepat2.
kedua- fikirkan kan program yang menyebabkan kau tak balik-balik lg ni. masih stay kat UKM lagi ni.
ketiga-memerlukan banyak tenaga, nak simpan barang masuk dalam stor, tenaga untuk program ni lagi..
adoi. bukan kah keluhan itu satu rasa tak bersyukur dengan nasib diri.
bukan kah nasib diri ini kita yang tentukan.
setiap perkara yang kita lakukan ada kehendak kita sendiri.

so, zaza zali jangan nak mengada-mengada..ahahha.
ingat orang lain pun ramai lagi yang susah dari kita nye.
ok2...zaza zali tak merungut da. zaza zali seorang yang kuatkan..
hahaha


ni haa..zaza zali da hepy. ye ke?

tapi kadang-kadang apa yang inginkan tak semestinya kita dapat. 
so, belajarlah menerima apa 
seadanya selagi kita mampu dan terdaya.




Wednesday 27 June 2012

last paper exam sem 4 - gaya selendang ringkas



assalamualaikum..
hari ini merupakan hari last exam untuk sem 4.. waaa, dah abih
tahun 2 punya. hari ni exam petang tambah dengan kehujanan yang
menyejukkan hati ni. 

hari ni pakai ringkas je.
selendang yang gaya nye aku belit sendiri.

selendang ni aku beli dah lama..sama ada tahun lepas  atapun sem lepas,
aku tak ingat dah bila. tapi xde kesempatan nak pakai je.
sebab warna hijau kot. tulah sape suruh beli warna pelik-pelik kan.
ok, hari ini aku nak rasmikan selendang ni.


selendang ni dua layer hijau dan hitam.



bila dah pakai jadi macam gaya macam ni. layer yang hitam tu kat atas kepala.



tudung depan tutup bahagian dada. muka pakai bedak je dan gincu cket...huhu. 
ok. siap sudah mau pegi exam. @...@



muka bila keluar exam.. nampak kedut-kedut tak kat dahi tu sebab memikirkan nak jawab soalan tadi.
umm...x nampak ke??
sebab nye jawapan kena tanda betul dan salah je.hehe
tapi lenguh jugak tangan ni nak menanda jawapan dia.
tapi semua dah selesai. 
semoga mendapat keputusan exam yang baik pada sem ni.
insyaallah.
amin.


Tuesday 26 June 2012

Asalkan Aku OK?





wink..wink.. esok ada lg last paper untuk sem ni.
adakah aku ok?
melihat kawan-kawan kat blok ni heret beg balik kampung..
aku masih ok!
apa-apa pun asalkan diri ini bahagia.



Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata


Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata




Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia




Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia



Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan


Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan







huhu..kita orang tengah study. esok last paper..wuhuuu... hidup student untuk study.@...@..





kita tak perlu menjadi sesiapa..
asalkan diri ini ok.
tapi memikirkan perasaan orang juga amat perlu.
asalkan hati bahagia.
tapi melihat kebahagiaan orang lain juga
kesenangan bagi kita.

--zaza zali--


kredit by_http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-asalkan-aku-ok-awi-rafael.html

Monday 25 June 2012

Terlerai Kasih




masa cuti seminggu hari tu aku sempat baca dan habiskan novel ni.
aku pinjam je novel ni dari kawan aku kila..
ek..sempat lagi baca novel time exam ni kan.
apa pun sanggup. klau baca novel ni boleh je kan layan..
kalau menghadap nota dan tersengguk dah..
adoi..

kisah cerita sedih je...aku ni kurang minat sangat novel yang sedih-sedih
suka yang lucu-lucu gitu.
umm..kisah cerita ni pasal iffa heroin dia kena cerai masa dia mengandung. lepas tu dia jumpa suami
dia sekarang yang lebik baik. kawan baik dia sendiri yang goda bekas suami dia dulu.
yang syahdunye kan. masa iffa ni mengandung kembar perut besar nye,
suami dia basuhkan kalau dia nak buang air besar. lepas dia bersalin
suami dia sapukan ubat kat bahagian bawah tu..
agak-agak boleh jumpa tak suami macam tu ek..

kalau nak tahu cerita lanjut kena la baca novel ni..
mesti layan punya.

-zaza zali-



Friday 22 June 2012

Wayang times..Pontianak Hunter



Di pagi jumaat yang indah ni...mau tengok Pontianak diburu.. eh, aku yang lebih excited plak kan.. bila da bangun pagi2 bersiap dressed semua sampai bab nak pkai tudung kejang jap...... memang dalam masa sejam pakai tudung tak jadi.. bery yang ada dekat sebelah ni dah pening dah tengok aku.. tudung yang mula-mula nak pakai telah bertukar ke tudung lain...hahaha. lepas tu bery cakap kat aku x payah nak pkai tudung yang susah sangat lah..dan akhirnya pahsmina menjadi pilihan ku. yang nak pkai tudung ni satu hal.. lepas tu tggu bas punya lah lama...nak pergi mines je pun..adoi.. tunggu macam nak pergi kutub utara. sabarlah hati di hari jumaat ni.. tulah salah diri sendiri kan bersiap bagai....hahaha.

sampai kat shoping mines nak tengok cite Pontianak..hehe.. takut ke? menggerunkan jugak. ni pasal pemburu pontianak..aku dengan bery buat date nak tengok dalam wayang bersama...huhu. kawan-kawan aku yang lain tengok cerita Mael Lambong.. melambung lah dalam pawagam tu..


ni dia...cerita pontianak ni..
terbaik r.. x rugi beli tiket wayang ni.
malas nak cite lebih2
korang kena tengok sendiri
baru tahu cerita dia macam mana.



abraham lincoln vampire hunter movie Anthony Mackie, Mary Elizabeth Winstead & Dominic Cooper Interview For  ‘Abraham Lincoln: Vampire Hunter’
ni pelakon-pelakon vanpire hunter ni.

Benjamin Walker, Mary Elizabeth Winstead
ni hero dan heroin dia..

Mary Elizabeth Winstead
heroin dia yang sangat2 cantik sekali.

so korang jangan lupa tengok cite ni..
memang tak rugi punya.

lepas dan tengok wayang kan.. makan-makan kejap. lepas tu pergi ambik snap shot kejap kat luar.huhu
itu da memang kebiasaan saya ngan bery.

 mula-mula bery pakai kan tudung yang macam ni kat aku...tapi aku rasa rimas tak selesa sangat. asyik kena betulkan tudung ni je. dan...

jeng..jeng..jeng...





 tudung aku berubah menjadi bentuk begini..hehe. ok, baru selesa dan berasa yakin dengan gaya pemakainya.huhu




snap tepi tasik kejap...zaza dan bery


 


hahahaha..sampai malam x abih2 nak bergambar.

kadang-kadang kedukaan bukan tidak boleh diubati tapi dapat dirawat dengan hati yang suci jika kita dapat menerima dan mengawal nye tanpa perlu meratapi nya.

salam kasih sayang.
--zaza zali--

Tuesday 19 June 2012

Bila Lelaki Suruh Belanje...

lelaki


salam semua..um, hari macam-macam da mood rasa aku rasa... ok, nak cite pasal lelaki yang suruh kita belanje ni. kira nye bukan kedekut sangat la kan dan berkira. tapi kalau kita sendiri nak belanje dia tu xpe.. ni dia mintak kita belanje plak.. adoi.. kita pun student.. selain harapkan duit pinjaman dan duit mak bapak kat kampung hanya untuk pakai makan minum kita je. amacam kalau lelaki ku da keje.. duit tu simpan dalam bank.. belanje kita pun ciput je.. yelah sharing is caring la kononye kan.

kes pertama

mula-mula ada ajak sorang mamat ni kluar.. umm, mamat ni pun student jugak. dan banyak kali dah ajak minah ni kluar.. ajak kluar malam plak tu.. ok, minah ni kenal mamat ni dalam FB je dan sama tempat belajar. al-kisah nye, minah ni nak sangat pergi ke jualan novel yang murah tu.. entah macam mana minah ni terdesak nak pergi boleh ajak pulak mamat ni pergi sama ngan dia sebagai teman. ok, lepas tu si mamat ni setuju lah kan nak temankan minah ni. yang pasal duit ni nak berkira tak sangat la nye. lepas tu mamat ni pinjam kereta kawan dia. so, si mamat dan si minat ni pun kluar dengan kereta. sebab  baru kenal dan tak pernah jumpa ini baru kali pertama jumpa dan keluar. dalam perjalanan ni si mamat tak berhenti bercakap dan bertanya macam-macam dengan minah ni.. naik rimas betul minah dengan mamat ni. dan baru lah minat ni tahu yang mamat ni banyak cakap. ok, dah sampai ke tempat yang hendak dituju kan.. baru lah si minah ni perasan pakaian si mamat tu.. bertshirt kolar dan bersluar slack je??? dengan selipar jepun (bukan selipar jamban ok!). haha... dalam hati minah ni x update langsung fesyen dia ni.. boleh plak jauh2 pkai sluar slack je.. yang minah ni pakai punya  lah lawa ikut trend sekarang... kluar plak dengan lelaki bersluar slack je... sluar slack tu yang orang pakai pegi pejabat warna hitam.. kalau sluar slack dengan kemeja macam orang pergi keje xpe.. ni nampak sangat mcm budak skema dan xde fesyen..hehehe.. jahat minah ni.. xde lah. sekurang-kurangnya pakai la jeans.. nampak kasual cket. masuk dalam kedai tu minah  da pilih buku apa yang aku nak.. dan masa tu boucer buku tengah boleh guna lagi.. dan mamat tu boleh cakap kat minah dia kluar dengan minah semata-mata sebab nak guna boucer buku tu.. klau tidak mamat nak cekik minah ni. what this? minah ni dalam hati mcm mane aku bleh kuar ngan laki ni.. adoi.. ok.. dah2 nak cite pasal belanje ni kan. dia guna boucer buku tu seratus boleh beli novel untuk kakak dia je.. aku x bagi pun kat minah ni bukan guna duit dia pun.. boucer buku free je kan.. bukan nya nak tapi klau gentleman bagi la satu.. x tnya minah nak buku ape.. apatah la nak balanje.. selesai semua. mamat terus pandu kereta nak balik dan tak singgah kat mane2 pun. dan memang hari tu minah tak guna satu sen duit dia.. apatah lg nak berhenti kedai makan ke nak minum ke... ni terus balik. sampai tu minah msj kat dia sebab kluar tdi.. dan dia boleh cakap.. sepatutnya awak kena belanje saya sebab saya bawak awk kluar xdi kan.. adoi... x tahu nak kata apa-apa.. suruh minah belanje.. ni jimat ke kedekut ni.. dah la sepanjang keluar tu mamat tak belanje aku pun masa dalam kedai dan tak singgah mane2 pun kat kedai makan.. alih2 suh minah ni belanje mamat ni plak.. huhu. 

kes kedua

sedang mesej-mesej ni kan.. minah ni da kenal mamat ni.. so, mamat ni macam nak usha minat ni..minah ni layan biasa je .. minah ni tanya tak kluar pergi pasar malam ke malam ni.. dan mamat tu boleh cakap kenape awak nak belanje saya ke? what this. minah ni tnya je...terus minah ni tak balas mesej mamat ni..


   
   kes ketiga

    mama: pa, jom kluar
    papa: boleh, tp mama kena belanje papa la, sebab mama yang ajak papa kluar kan.
    mama: ok mama belanje papa...
    papa: sayang mama......!

what this? disebabkan pompuan ni ajak kluar dia kena belanje.. um, kalau aku jd pompuan ni memang x     r... cari orang lain terus.. ni tengah couple pun berkira apatah lagi bila dah kahwin aku rasa mesti mengungkit ni.





ini bukan kes mengungkit, mata duitan ke apa ke... tapi agak-agak la.. ini menunjukkan sikap.. semestinya kita hendak pilih teman yang terbaik untuk diri kita. dan mama aku selalu kalau nak cari suami jangan cari yang berkira dan kedekut.. kalau jumpa macam tu cari yang lain je.. hehe....

dalam perhubungan ni lah kita nak kenal seseorang tu, mama klau aku kluar dengan sesiapa mesti dia tanya dia belanje x? klau kedekut awal-awal lagi dah kene reject...huhu. bukan jenis yang berkira dan mahukan sesuatu.. tapi kalau memberi itu lebih baik...

lain orang lain citarasa
bukan meminta kalau memberi itu biarlah ikhlas.
so, fikirkalah yang terbaik untuk hidup masa depan.



                                                                                                                                            
                                                                                                                                              Bicara Hati
--ZaZa ZaLi--

Monday 18 June 2012

mood bila exam pagi...



salam semua... salam bicara manis, salam menusuk kalbu..haha. apa da kena ngan otak ni.. ok2 serius..huhu
nak kata sibuk sekarang? sibuk la jugak..huhu. bila da exam paper pagi xdi  lepas tuaku ada gate seminggu ni untuk paper seterusnya.. adoi. ok la jugak.. rasa nak kluar je tengok wayang.. hilang kan strees ni..huhu. 

ok2.. mood bila exam pagi ek? start exam pukul 8.30.. mujurlah la tempat nak exam tu dekat.. jalan kaki je.. dalam 5 minit macam tu. klau kena kat tempat jauh.. pukul 7.30 da kena tunggu bas. semalam sebelum exam.. risau di hati nak exam pagi.. yelah, klau petang cket boleh la baca-baca note lagi.. dan risau lagi sebab takut terbabas bangun lewat.. pukul 2 da tido sebab ngantuk  dan takut bangun lewat pula. so kunci jam awal2 dan pesan segala kat rumet aku dan si sepet saya suh kejut awal2.. subuh tu dah kejut da.. dan terima kasih kat si sepet sebab da kejut pukul 6.00 pagi untuk saya bangun...haha. sebenarnya da bangun da tapi pejam mata balik..hehe. begitulah kalau dah tabiat kan.. kesian sepet saya.. rupa-rupanya dia baru nak tido pukul 6 lepas solat subuh sebab study + tengok bola EURO.. kerja kuat nampak haha..

bila da bangun pagi-pagi ni terasa sihat, segar, aktif dan rajin pulak bila kita da set minda kita nak bangun awal kan.. sebab ni je exam pagi... so boleh jawab x? alhamdullilah.. mudah-mudahan jawapan yang ditulis tu dipermudahkan oleh lecture tersayang.hehe. dan tak  tahan sekali bila meja exam aku tu no meja aku dapat depan sekali.. wohhhoooo? biar betik... ala... aku tengok berkali-kali nombor di slip dengan meja ni.. memang sah no aku ni.. adoi.. gua segan duk depan-depan ni.. sebab nak merenung masa depan jadi tak selesa la...hehe. plak meja tu betul-betul depan meja pengawas exam tuu... apalagi buat muka selamba dek je lah.

untuk menghilang kan apa yang dirasa hari ni.. haha.. aku gi pekena 

nasi kukus + ais blended + roti himpit ayamas = makan banyak.

                                           salam kasih sayang
....zaza zali.....


Saturday 16 June 2012

HEROIN TERNAMA KARTUN DISNEY

salam semua. korang mesti ingat kan dengan kartun-kartun disney.. masa kecik-kecik dulu minat sangat dengan kartun ni kan. ok sekarang aku nak kongsi heroin-heroin kartun disney ni..


1. MULAN

   

mulan dianggap heroin disney yang paling berani, paling bijak dan cantik.. 
cerita ni kelakar.. mulan sanggup menyamar menjadi lelaki bagi menggantikan ayahnya yang telah tua untuk menjadi tentera dalam pasukan tentera china. kelucuan ketika mulan mula belajar menjadi seorang tentera yang kuat dan mengubah cara berjalananya.

2. POCAHONTAS


kerana keberanian dan tindakan nya, dia berjaya merapatkan jurang antara orang-orang
asli Amerika dengan para pendatang dari eropah dan berjaya
menggelakkan berlakunya keganasan dan juga salah faham antara masing-masing. dia juga meletakkan keperluan kaumnya sebelum keperluan dirinya untuk bersama-sama dengan orang yang dicintanya dan tindakan itulah menjadikan dia seorang heroin.

3. LILO & STITCH


lilo ialah seorang gadis hawain yang muda dan berani menentang cabaran. dia mempertahankan dirinya sendiri daripada orang yang memperlekehkan teman baiknya stitch.

4. ALICE IN WONDERLAND


alice sangat tegas dan tidak muda dipermainkan. tidak takut pada cabaran. mencari lelaki sejati dalam hidupnya.

5. PRINCESS JASMINE (ALADDIN)


berani menyuarakan pendapatnya. lari dari istana untuk menggelakan dari berkahwin dengan orang yang tak dicintainya.

6. ESMERALDA (THE HUNCHBACK OF NOTRE DAME)


seorang gadis gipsi yang kuat tapi bijak. tidak bertolak ansur dengan mana-mana ketidakadilan.


7. ARIEL (THE LITTLE MERMAID)


penggembaraan dalam hidupnya. berusaha mencari putera idamanya.

8. MISS BIANCA (THE RESCUERS)


tidak pernah jemu dalam pengembaraan.

9. ELASTIGIRL (THE INCREDIBLES)


seorang wanita dan ibu yang terpaksa melawan musuh untuk menyelamatkan suaminya sendiri.

10. BELLE (BEAUTY AND THE BEAST)


pergorbanan untuk menggantikan ayahnya bersama musuh.

Friday 15 June 2012

Suria Cinta..

salam semua..
huhu..adakah hari ku dipenuhi dengan kemanjaan mu...jeng. haha
stress ke apa ni... 2 paper jawab exam yang tak berapa nak boleh jawab.
udahlah.. yang jawab dan jawab kan.
dan bila malam-malam sambil bukak nota ditemani suara DJ lin, suria cinta.
aduh.. suara DJ Lin memang best sangat.
syahdu ke aku dengar. 

macam mane dia boleh buat suara mcm tu ek??
umm, aku pun ada try jugak..
tapi x menjadi.
hampeh...haha
agak-agak orang x nak dengar suara aku macam tu.

malam-malam layan lagu jiwang dari suria cinta.
ada jugak pendengar yang hantar mesej nak berkenalan kan..
umm, aku x minat la macam tu.
kenapa terdesak sangat ke nak cari teman?
adoi... tapi aku tak salahkan sesiapa.
sebab jodoh itu kita kena usaha. ada orang bertemu jodoh melalui facebook, emel dan media lain kan.
tu atas pilihan masing-masing asalkan bahagia.

bagi yang tengah bercinta, tengah putus cinta, sedang mecari cinta.
boleh la dengar suria cinta ni.

-wink-wink XoXo-

Thursday 14 June 2012

Tudung bawal dan inner renda

salam semua... hari ini da boring sangat kan nye.. balik kampung hari tu sempat buat gaya tudung baru..huhu
rasa-rasa ok jugak pakai macam ni.. kuar boleh pakai macam ni..
jom nak tengok ea... harap-harap korang suka la nye..huhu





muka aku masa ni tanpa mekap langsung.. x sempat nak mekap.. dan aku suka kan muka yang natural je.. ok x? huhu. dan bila muka aku masa makeup mesti nampak lain. aku ni x suka nak mekap tebal-tebal.. pakai bedak je lah bagi muka x kusam sangat.

-wink-wink XoXo-

Tuesday 12 June 2012

Hadiah Hari Jadi Terawal..

salam semua..huhu. waluapn skang tengah sibuk dengan musim exam sempat lagi zaza nak tulis blog ni ok..
ala... sempena besday aku ni kan. aku dapat la panggilan free selama seminggu n kena time exam pulak!

motif aku nak gayut la kan.
huhu..
bergayut la aku malam-malam..
sambil buka note berstudy.

minggu lepas kan aku ada kat kampung, so kawan baik aku yang beljar sama kat Ukm ni bagi
hadiah yang paling awal sekali.
masa tu tak sampai lagi hari lahir aku.

nak tahu ape dia ok..jom.



biasalah dapat hadiah ni kan..pegang-pegang dulu nak tahu apa agak-agak apa benda la dalam ni kan.
ok sekarang nak bukak ni..


-
-
-
-
-
-
-



alala....rupa-rupanya frame gambar aku dengan fiza.. sweet sangat dan rasa terharu untuk 
persahabatan kitaorang ni.
terima kasih Fiza.





dan ini kad ucapan yang dibuat sendiri.. siap ada gambar aku lagi kan..
hehe.. so sweett.






HADIAH SETERUSNYA

jeng-jeng

alalala...mula orang bagi ni tengok comel sangat kotak ni.. n setelah
digoncang-goncangkan rasa berat je isi ni.. 

ape ek..



ok...sedia nak bukak dah ni.




                                                                              bukak-bukak
                                                                     rupa-rupanya novel...hehe
                                                                        terima kasih untuk dia.



al-maklumlah aku ni kan peminat novel.




dan yang tak suprisenye kan.. aku dah baca novel ni...hahahaha
nak tergelak pun ada.
tapi xpelah orang da bagi kan terima ajelah.
novel ni aku da baca tapi novel ni aku tak beli.
umm, xpe kira jadi koleksi novel aku jugak ni...huhu



terima kasih sangat2 yang bagi hadiah untuk besday saya
kepada rumet saya yang belanja saya makan dan kawan saya amani yang belanja saya makan burger.

terima kasih banyak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...