pages

Friday, 18 May 2012

siapakah gadis idaman lelaki soleh?



1. berpegang kepada agama.

gadis ini mempunyai peribadi yang unggul. ciri-ciri in jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya.
sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pengangan agamanya. dia sesekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat islam.

2. kecantikan dalaman

fitrah manusia dijadikan lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. inilah kecantikan dalama sebenar yang dicari oleh lelaki soleh. dia tidak akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. memahami lelaki.

anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika anda berupaya memahami hati lelaki. lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. merasai suka dukanya. tanpa bersuara pun, isi hati lelaki itu mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.

4. tidak mempamerkan keseksian.

jika dilihat, lelaki di luar sana memang suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita tetapi tidak suka untuk menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain.

5. manja

lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit keanak-anakan. ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. tetapi jangan pula anda menunjukkan sifat manja atau keanak-anakan yang berlebihan. takut pula lelaki akan lihat anda seperti kurang matang.

6. sejuk mata memandang.

gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan hati lelaki. ciri-ciri ini bukanlah memerlukan anda merias wajah dengan alat solek tetapi cukup dengan memiliki senyuman ikhlas, sikap bersopan santun dan sentiasa memaniskan wajah. anda juga perlu sentiasa menjaga aurat, menghormati orang lain, tidak terlalu cemburu ramah dan mesra.

7. pandai menjaga kecantikan.

wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. oleh itu, gadis di luar sana perlu bijak, bukan sahaja dalam menjaga kecantikan malah kebersihan diri. penampilan yang canti dan bersih menunjukkan keperibadian diri.

8. tidak cerewet

lelaki tidak suka pada gadis yang cerewet ini kerana ia boleh merimaskan  dan membuatkan lelaki itu jemu. jangan selalku mengomel sahaja..

9. berakhlak mulia.

seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuanya serta pandai  membawa diri.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...