pages

Friday, 20 April 2012

cerita april fool






sekarang kita masih di bulan april lagi kan.. ok.. kita dah sedia maklum bahawa april fool tidak baik disambut tapi ini hanyalah gurauan membe-membe je...huhu.dan aku teringat satu cerita yang paling aku tak suka orang kenakan april fool kat aku..nak menangis pun ada masa tu. sebab malu sangat, geram, marah semua ada.dan orang yang kenakan aku tu boleh gelak-gelak lagi bukan nak mintak maaf pun tapi siap perli aku lagi..
mengong betul...hahaha

al-kisah nya..kejadian ni berlaku masa aku masih sekolah lagi tingkatan 6. umm, tak ingat dah masa ting 6 bwh @ ats. jadi budak kelas aku ni plan nak gi jalan-jalan umah cikgu kelas kitaorang.. sebab kita orang ni rapat ngan guru kelas kami. 

kita orang pergi ngan kenderaan masing-masing dan aku tumpang kawan aku yang ada kereta. aku ngan kawan aku ni tak tahu apa-apa plak yg dirancang oleh sepupu aku ni.. sepupu aku lelaki sama baya dan sekelas ngan aku. sepupu aku dah sepakat ngan budak laki nak kenakan aku.

dalam kereta tu, kawan aku pun tanya.. yang sepupu aku tak pegi ke? aku mu msj la sepupu aku. sepupu balas dia kata tak dapat pergi sebab ada hal. ada budak laki klas aku call aku beria-beria suh aku pujuk sepupu aku tu datang umah cikgu. aku tak perasan lagi la masa tu yang rancangan dia orang. lepas tu aku ni plak bodoh la pegi call pujuk sepupu aku suh datang sekali..beria-beria aku ni. tapi sepupu cakap tak boleh datang jugak.

sampai di rumah cikgu aku tu aku pun..beria bagi tahu budak laki kelas aku yang sepupu tak dapat datang dan diaorang terus gelak dan sepupu pun ada masa tu.. dan mereka gelakkan aku kuat-kuat cakap aku bodoh tertipu ngan diaorang.

ya allah,,,aku rasa nak menangis je terus masa tu dengan malu, marah, geram semua ada.. terutama kat sepupu aku. aku punya la beria-beria call sepupu aku suruh datang jugak padahal dia dah sampai awal lg dan berpakat ngan yang lain plak..

aku tahu semua tu hanyalah gurauan dan faham lah itu macam mainkan perasaan orang. lepas tu  tak de pun nak datang pujuk aku ke, mintak maaf ke.. dan memang aku berharap yang diaorang aku terima balasan sebab mainkan perasaan aku..
memperbodohkan aku.. tulah hati ni dah geram sangat. lepas tu boleh dia orang perli kat aku kata aku ni manja nak nangis latu..

memang ada budak budak lelaki tu suka kacau aku..yang kenakan aku dengan ini aku BENCI SANGAT PADA KAU MASA TU. sekarang aku dah maafkan kau.. tapi sisa sakit hati masih ada sampai sekarang.

dah tiba-tiba mereka kenakan aku dengan katakan "APRIL FOOL"!!!!!

mengong-mengong semua yang kenakan aku tu...hahaha



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...