pages

Monday, 16 April 2012

come back again to normal...

salam semua..come back again to normal..huhu.
kenape? selama ni aku tak normal ke... confius.
normal kerana aku datang kat UKM ni balik.. betapa seronoknye aku balik kampung cuti pertengahan sem. kat rumah dapat makan best-best semua benda yang kegemaran, jumpa ngan family. memang suasana nya berbeza la..

bila balik UKM ni...nama nya duk asrama kan. terpaksa menghadap makanan siap bungkus ni.. betapa boring nye.. (haha...kononnye nak masak sendiri la) umm..hakikat nye kerana terimalah keadaan di mana kita berada sekarang kan.

bila dah datang sini..lagi kena siapkan assigment yang bertimbun tu...kalau dah cuti memang cuti betul lah kan.

bila kita dalam keadaan belajar mesti kita terfikir kan..bosan dah dengan belajar ni.. bila nak habis belajar nak kerja pulak ni kan.. tapi bagi mereka yang berkerja pula lagi lah boring untuk menghadap kerja seumur hidup untuk mencari rezeki.

itulah nama  manusia yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada pada nye.. kerana sesungguhnya apa yang kita ada sekarang kerana semua dari ALLAH S.W.T. setiap rezeki adalah ketentuan nye semua.. tapi tanpa usaha kita rezeki juga tidak akan datang.

alamak!! madah berseni la plak kan..hehe. sekarang ni kena terima keadaan di mana kita berada..walaupun kadang-kadang stresss!!,

korang semua... begini putaran hidup. bila kita dah meningkat remaja kepada usia matang kita akan melalui fasa berpisah dengan keluarga kita..untuk berdikari, tanpa bergantung lagi pada ibu bapa kita. begitu apabila kita sudah berkahwin..kita juga akan melalui fasa meninggalkan keluarga kita.

disini lah..emosi, sikap dalaman dan luaran kita bermainkan peranannya..

-salam semua-



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...