pages

Thursday, 20 December 2012

Tak Dapat PLKN.


teringat masa form 5 hari dulu-dulu.. bila PLKN dan start buat. aku memang teringin sangat nak join PLKN.
kononya suka la kan aktiviti macam ni. bila dan sampai form 5 mintak-mintak la dapat PLKN ni.
then, bila nama nya diumumkan aku dengan excited nye terkial-kial tengok nama kat papan kenyataan ini semangat nye tahu tak.
bila-bila tengok nama aku tak da. makna nya aku tak dapat PLKN ni.. yahuuu. suka atau tidak?
suka pun ada dan sedih tak dapat pergi pun ada. dalam kepala ni..ni terfikir kan kelebihan dan kekurangan bila dapat PLKN ni.. adoi.

kelebihan:
- yang penting dapat elaun kan..hehehe
-dapat pengalaman baru
-dapat jumpa kawan-kawan baru
-dan lain-lain..huhu
-ahaksss! dlm kepala otak sebab dapat jumpa dengan jodoh ke sana.. gatal kan..huhu

kekurangan:
-malas nak sertai program, bangun awal, ikut program, uhukkk..
-semestinya kulit muka dan tangan jadi hitam.. sunburn weh!
-jauh dengan family
-tak boleh nak keluar, ikut peraturan
-ada tak bersefahaman dengan kawan.
-dan lain-lain.

tetapi itu hanyalah pendapat hamba ini semata-mata.



sudah kentetuan diri ini tak dapat nak join program PLKN. 
program ini sangat bagus untuk anak-anak  muda kita memupuk semangat cintakan tanah air MALAYSIA kita... oh yeah!

tapi bila dengar-dengar cerita kawan-kawan yang dah pergi PLKN ni memang seronok je..
alaa......yang aku pelik ni ada plak yang kawan aku yang dapat nye buat-buat sakit dan tolak permohonan PLKN ni.. apalah! sebab ramai lagi yang nak pergi nye. ni sanggup buat macam tu. adoi..



Thursday, 13 December 2012

makan durian !!


sekarang kan musim durian.. umm, betapa susahnya student mcm aku ni nak keluar cari durian.
dan terpaksa la mengharap kan orang lain pergi cari nak makan durian.
baru-baru ni kat Putrajaya ada buat Pesta buah-buahan. betapa excited nye nak pegi.
then, kita orang 4 orang ni sanggup sewa kereta nak pergi makan buah durian yang masuk bayar RM15 untuk seorang dewasa. makan sampai puas. dalam khemah tu ada buah durian, maggis dan rambutan.
  
yang bahagian luar ada juga benda lain yang dijual, buah-buahan, anak-anak pokok, herba, makanan, pakaian. macam-macam la.. nama pun dah pesta kan.
tambahan pula masa ni kan tengah cuti sekolah. seronok la bawa family.

kita orang dengan yakin nye nak makan banyak-banyak durian sebab bayar mahal. huhu
dan masuk kita orang pilih durian  yang besar punya. ambik 7 biji untuk 4 orang. tisu dan air disediakan.
bila dah kena sebijik ok lagi.. bila yang keenam semua dah menyandar kat kerusi.
Ya Allah kenyang kot. durian dia memang besar-besar. memang durian berkualiti punya.
tulah nak makan banyak lagi nye kan.. adoi.

memang kita orang tak larat nak habiskan durian ni.
lepas tu makan rambutan dan maggis plak hilang kan tekak yang rasa durian ni.

ni statement bukan makan sampai kenyang tapi sampai muntah.!!
hahahhaa. puas hati la sebab makan durian besar. tapi tak puas hati sebab tak leh nak tapau dengan harga yang kami bayar tu kerana terlalu kenyang dah nak makan. takut muntah balik je..



ini banner dia..




















huhu..sempat lg snap masa nk balik ni...huhu. kenyang dengan durian sampai malam..

Monday, 10 December 2012

Bukit Tabur !!

huhu..lama nye aku tak update blog ni. rindu pada semua. 
al maklumlah sibuk memanjang sejak dua menjak ini.
ok. cerita adalah..
tarikh yang tercatat pada 1 disember 2012 aku telah berjaya menawan Bukit Tabur. yahuuuu!!!! 
puncak 1 je.. hehe. tu aku rasa memang tak larat dan nak daki bukit tu. macam tak percaya je aku boleh nak turun bukit yang mencabar gila.. yang menggunakan seluruh tenaga dan otot tubuh yang ada ni. adoi.
al-kisah nye aku join program yang mana ianya adalah sebuah badan amal kebajikan. so, kita orang ni ajak la kawan-kawan naik bukit tabur. yang datang pun hanya 7 orang je. aku ingatkan macam bukit Broga la jugak. walaupun aku tak pernah sampai dan naik lagi bukit Broga tu..huhu.
Bukit Tabur ni ada 5 puncak. dan kita orang naik puncak pertama je. Bukit Tabur ni juga dikenali dengan nama lain. tapi aku tak pasti la nama lain dia tu apa. bukit tabur ni kalau orang biasa mendaki dalam sejam dah sampai dah. tapi kita orang nk nak tahu tak berape jam naik??? 3 JAM TAU!!! hahahhaa. tu lah.. letih la, berhenti la. semput la.. hahaha. aku la tu....
aku memang orang yang gayat. naik dalam pkul 3.45 pagi tak pelah gelap lagi. dalam kita orang sampai kat puncak pukul 6.30. subahanallah.. kita orang sembanyang subuh di atas puncak. duduk menikmati keindahan alam dan matahari terbit. di atas puncak boleh nampak puncak genting highland, seluruh bandar KL, rumah datuk yusof haslam, damansara ,UIAM, dan lain-lain la...huhu. 
masa nak turun la...kegayatan aku telah datang nya.. hahaha
jangan la. aku takut nak turun kot. sebab bukit dia cerum gila. dan boleh nampa cerum kat bawah. dah la batu. adoi. dan kata-kata semangat daripada kawan-kawan akhirnya aku turun. dan abg yag bawak kita orang ada cerita yang dahulu ada budak perempuan masa naik bukit ok je.. nak turun xleh nak turun sebab gayat yang terlampau. dan terpaksa panggil bomba datang ambik kt atas. aduh.. aku xnak la sampai macam tu..huhu
aku kuat kan diri dan percayakan diri ni yang aku boleh buat.
alhamdulillah dengan selamatnya aku berjaya turun jugak. masa kita orang nak turun tu. ramai yang tengah mendaki nak naik kat atas.
ni masa kita orang tengah naik.. nampak tak rumah D.Yusof Haslam..huhu

ni dah pagi dah... kat tengah2 KL ni rupanya ada beberapa Bukit lagi... umm


yang atap biru adalah UIA. bleh nampak seluruh UIA tau..





kata sana untuk sampai ke puncak kedua.. cerum lg tau !

alhamdullilah.kwn sy kat depan tengah baca Yassin mensyukuri kesempatan yang diberi. amin.



muka letih, muka berminyak, muka lapar..huhu


ni aku goggle je..
kat atas tu kita boleh nampak empangan hulu klang. cantik sangat!

part ni aku paling takut sangat nak turun.. tinggi kot. dah la xde tali. hanya bergantung pada tenaga dan percaya diri sendiri untuk turun.. 

cantik kan.

yang ni puncak ke berape entah..
aku tak ambik gambar sangat sebab tak bawak kamera dan xde mood sebab kegayatan aku melebihi segalanya-galanya dan fikir nak turun je sampai kt bawah cepat2 tau.
dan hasil nya. tubuh aku sakit selama seminggu akibat penangan bukit tabur ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...