makan durian !!
sekarang kan musim durian.. umm, betapa susahnya student mcm aku ni nak keluar cari durian.
dan terpaksa la mengharap kan orang lain pergi cari nak makan durian.
baru-baru ni kat Putrajaya ada buat Pesta buah-buahan. betapa excited nye nak pegi.
then, kita orang 4 orang ni sanggup sewa kereta nak pergi makan buah durian yang masuk bayar RM15 untuk seorang dewasa. makan sampai puas. dalam khemah tu ada buah durian, maggis dan rambutan.
yang bahagian luar ada juga benda lain yang dijual, buah-buahan, anak-anak pokok, herba, makanan, pakaian. macam-macam la.. nama pun dah pesta kan.
tambahan pula masa ni kan tengah cuti sekolah. seronok la bawa family.
kita orang dengan yakin nye nak makan banyak-banyak durian sebab bayar mahal. huhu
dan masuk kita orang pilih durian yang besar punya. ambik 7 biji untuk 4 orang. tisu dan air disediakan.
bila dah kena sebijik ok lagi.. bila yang keenam semua dah menyandar kat kerusi.
Ya Allah kenyang kot. durian dia memang besar-besar. memang durian berkualiti punya.
tulah nak makan banyak lagi nye kan.. adoi.
memang kita orang tak larat nak habiskan durian ni.
lepas tu makan rambutan dan maggis plak hilang kan tekak yang rasa durian ni.
ni statement bukan makan sampai kenyang tapi sampai muntah.!!
hahahhaa. puas hati la sebab makan durian besar. tapi tak puas hati sebab tak leh nak tapau dengan harga yang kami bayar tu kerana terlalu kenyang dah nak makan. takut muntah balik je..
ini banner dia..
huhu..sempat lg snap masa nk balik ni...huhu. kenyang dengan durian sampai malam..
No comments:
Post a Comment