Saturday, 30 June 2012
aaarrrgghhh...muka bulat.
Thursday, 28 June 2012
Hati. minda dan fizikal yang tidak selesa.
ni haa..zaza zali da hepy. ye ke?
tapi kadang-kadang apa yang inginkan tak semestinya kita dapat.
so, belajarlah menerima apa
seadanya selagi kita mampu dan terdaya.
Wednesday, 27 June 2012
last paper exam sem 4 - gaya selendang ringkas
selendang ni dua layer hijau dan hitam.
bila dah pakai jadi macam gaya macam ni. layer yang hitam tu kat atas kepala.
tudung depan tutup bahagian dada. muka pakai bedak je dan gincu cket...huhu.
ok. siap sudah mau pegi exam. @...@
Tuesday, 26 June 2012
Asalkan Aku OK?
Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata
Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata
Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia
Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia
Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan
Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan
huhu..kita orang tengah study. esok last paper..wuhuuu... hidup student untuk study.@...@..
Monday, 25 June 2012
Terlerai Kasih
Friday, 22 June 2012
Wayang times..Pontianak Hunter
Di pagi jumaat yang indah ni...mau tengok Pontianak diburu.. eh, aku yang lebih excited plak kan.. bila da bangun pagi2 bersiap dressed semua sampai bab nak pkai tudung kejang jap...... memang dalam masa sejam pakai tudung tak jadi.. bery yang ada dekat sebelah ni dah pening dah tengok aku.. tudung yang mula-mula nak pakai telah bertukar ke tudung lain...hahaha. lepas tu bery cakap kat aku x payah nak pkai tudung yang susah sangat lah..dan akhirnya pahsmina menjadi pilihan ku. yang nak pkai tudung ni satu hal.. lepas tu tggu bas punya lah lama...nak pergi mines je pun..adoi.. tunggu macam nak pergi kutub utara. sabarlah hati di hari jumaat ni.. tulah salah diri sendiri kan bersiap bagai....hahaha.
sampai kat shoping mines nak tengok cite Pontianak..hehe.. takut ke? menggerunkan jugak. ni pasal pemburu pontianak..aku dengan bery buat date nak tengok dalam wayang bersama...huhu. kawan-kawan aku yang lain tengok cerita Mael Lambong.. melambung lah dalam pawagam tu..
ni dia...cerita pontianak ni..
terbaik r.. x rugi beli tiket wayang ni.
malas nak cite lebih2
korang kena tengok sendiri
baru tahu cerita dia macam mana.
ni pelakon-pelakon vanpire hunter ni.
ni hero dan heroin dia..
heroin dia yang sangat2 cantik sekali.
so korang jangan lupa tengok cite ni..
memang tak rugi punya.
lepas dan tengok wayang kan.. makan-makan kejap. lepas tu pergi ambik snap shot kejap kat luar.huhu
itu da memang kebiasaan saya ngan bery.
mula-mula bery pakai kan tudung yang macam ni kat aku...tapi aku rasa rimas tak selesa sangat. asyik kena betulkan tudung ni je. dan...
jeng..jeng..jeng...
tudung aku berubah menjadi bentuk begini..hehe. ok, baru selesa dan berasa yakin dengan gaya pemakainya.huhu
snap tepi tasik kejap...zaza dan bery
hahahaha..sampai malam x abih2 nak bergambar.
kadang-kadang kedukaan bukan tidak boleh diubati tapi dapat dirawat dengan hati yang suci jika kita dapat menerima dan mengawal nye tanpa perlu meratapi nya.
salam kasih sayang.
--zaza zali--
Tuesday, 19 June 2012
Bila Lelaki Suruh Belanje...
salam semua..um, hari macam-macam da mood rasa aku rasa... ok, nak cite pasal lelaki yang suruh kita belanje ni. kira nye bukan kedekut sangat la kan dan berkira. tapi kalau kita sendiri nak belanje dia tu xpe.. ni dia mintak kita belanje plak.. adoi.. kita pun student.. selain harapkan duit pinjaman dan duit mak bapak kat kampung hanya untuk pakai makan minum kita je. amacam kalau lelaki ku da keje.. duit tu simpan dalam bank.. belanje kita pun ciput je.. yelah sharing is caring la kononye kan.
kes pertama
mula-mula ada ajak sorang mamat ni kluar.. umm, mamat ni pun student jugak. dan banyak kali dah ajak minah ni kluar.. ajak kluar malam plak tu.. ok, minah ni kenal mamat ni dalam FB je dan sama tempat belajar. al-kisah nye, minah ni nak sangat pergi ke jualan novel yang murah tu.. entah macam mana minah ni terdesak nak pergi boleh ajak pulak mamat ni pergi sama ngan dia sebagai teman. ok, lepas tu si mamat ni setuju lah kan nak temankan minah ni. yang pasal duit ni nak berkira tak sangat la nye. lepas tu mamat ni pinjam kereta kawan dia. so, si mamat dan si minat ni pun kluar dengan kereta. sebab baru kenal dan tak pernah jumpa ini baru kali pertama jumpa dan keluar. dalam perjalanan ni si mamat tak berhenti bercakap dan bertanya macam-macam dengan minah ni.. naik rimas betul minah dengan mamat ni. dan baru lah minat ni tahu yang mamat ni banyak cakap. ok, dah sampai ke tempat yang hendak dituju kan.. baru lah si minah ni perasan pakaian si mamat tu.. bertshirt kolar dan bersluar slack je??? dengan selipar jepun (bukan selipar jamban ok!). haha... dalam hati minah ni x update langsung fesyen dia ni.. boleh plak jauh2 pkai sluar slack je.. yang minah ni pakai punya lah lawa ikut trend sekarang... kluar plak dengan lelaki bersluar slack je... sluar slack tu yang orang pakai pegi pejabat warna hitam.. kalau sluar slack dengan kemeja macam orang pergi keje xpe.. ni nampak sangat mcm budak skema dan xde fesyen..hehehe.. jahat minah ni.. xde lah. sekurang-kurangnya pakai la jeans.. nampak kasual cket. masuk dalam kedai tu minah da pilih buku apa yang aku nak.. dan masa tu boucer buku tengah boleh guna lagi.. dan mamat tu boleh cakap kat minah dia kluar dengan minah semata-mata sebab nak guna boucer buku tu.. klau tidak mamat nak cekik minah ni. what this? minah ni dalam hati mcm mane aku bleh kuar ngan laki ni.. adoi.. ok.. dah2 nak cite pasal belanje ni kan. dia guna boucer buku tu seratus boleh beli novel untuk kakak dia je.. aku x bagi pun kat minah ni bukan guna duit dia pun.. boucer buku free je kan.. bukan nya nak tapi klau gentleman bagi la satu.. x tnya minah nak buku ape.. apatah la nak balanje.. selesai semua. mamat terus pandu kereta nak balik dan tak singgah kat mane2 pun. dan memang hari tu minah tak guna satu sen duit dia.. apatah lg nak berhenti kedai makan ke nak minum ke... ni terus balik. sampai tu minah msj kat dia sebab kluar tdi.. dan dia boleh cakap.. sepatutnya awak kena belanje saya sebab saya bawak awk kluar xdi kan.. adoi... x tahu nak kata apa-apa.. suruh minah belanje.. ni jimat ke kedekut ni.. dah la sepanjang keluar tu mamat tak belanje aku pun masa dalam kedai dan tak singgah mane2 pun kat kedai makan.. alih2 suh minah ni belanje mamat ni plak.. huhu.
kes kedua
sedang mesej-mesej ni kan.. minah ni da kenal mamat ni.. so, mamat ni macam nak usha minat ni..minah ni layan biasa je .. minah ni tanya tak kluar pergi pasar malam ke malam ni.. dan mamat tu boleh cakap kenape awak nak belanje saya ke? what this. minah ni tnya je...terus minah ni tak balas mesej mamat ni..
kes ketiga
mama: pa, jom kluar
papa: boleh, tp mama kena belanje papa la, sebab mama yang ajak papa kluar kan.
mama: ok mama belanje papa...
papa: sayang mama......!
what this? disebabkan pompuan ni ajak kluar dia kena belanje.. um, kalau aku jd pompuan ni memang x r... cari orang lain terus.. ni tengah couple pun berkira apatah lagi bila dah kahwin aku rasa mesti mengungkit ni.
ini bukan kes mengungkit, mata duitan ke apa ke... tapi agak-agak la.. ini menunjukkan sikap.. semestinya kita hendak pilih teman yang terbaik untuk diri kita. dan mama aku selalu kalau nak cari suami jangan cari yang berkira dan kedekut.. kalau jumpa macam tu cari yang lain je.. hehe....
dalam perhubungan ni lah kita nak kenal seseorang tu, mama klau aku kluar dengan sesiapa mesti dia tanya dia belanje x? klau kedekut awal-awal lagi dah kene reject...huhu. bukan jenis yang berkira dan mahukan sesuatu.. tapi kalau memberi itu lebih baik...
lain orang lain citarasa
bukan meminta kalau memberi itu biarlah ikhlas.
so, fikirkalah yang terbaik untuk hidup masa depan.
Bicara Hati
--ZaZa ZaLi--
Monday, 18 June 2012
mood bila exam pagi...
salam semua... salam bicara manis, salam menusuk kalbu..haha. apa da kena ngan otak ni.. ok2 serius..huhu
nak kata sibuk sekarang? sibuk la jugak..huhu. bila da exam paper pagi xdi lepas tuaku ada gate seminggu ni untuk paper seterusnya.. adoi. ok la jugak.. rasa nak kluar je tengok wayang.. hilang kan strees ni..huhu.
ok2.. mood bila exam pagi ek? start exam pukul 8.30.. mujurlah la tempat nak exam tu dekat.. jalan kaki je.. dalam 5 minit macam tu. klau kena kat tempat jauh.. pukul 7.30 da kena tunggu bas. semalam sebelum exam.. risau di hati nak exam pagi.. yelah, klau petang cket boleh la baca-baca note lagi.. dan risau lagi sebab takut terbabas bangun lewat.. pukul 2 da tido sebab ngantuk dan takut bangun lewat pula. so kunci jam awal2 dan pesan segala kat rumet aku dan si sepet saya suh kejut awal2.. subuh tu dah kejut da.. dan terima kasih kat si sepet sebab da kejut pukul 6.00 pagi untuk saya bangun...haha. sebenarnya da bangun da tapi pejam mata balik..hehe. begitulah kalau dah tabiat kan.. kesian sepet saya.. rupa-rupanya dia baru nak tido pukul 6 lepas solat subuh sebab study + tengok bola EURO.. kerja kuat nampak haha..
bila da bangun pagi-pagi ni terasa sihat, segar, aktif dan rajin pulak bila kita da set minda kita nak bangun awal kan.. sebab ni je exam pagi... so boleh jawab x? alhamdullilah.. mudah-mudahan jawapan yang ditulis tu dipermudahkan oleh lecture tersayang.hehe. dan tak tahan sekali bila meja exam aku tu no meja aku dapat depan sekali.. wohhhoooo? biar betik... ala... aku tengok berkali-kali nombor di slip dengan meja ni.. memang sah no aku ni.. adoi.. gua segan duk depan-depan ni.. sebab nak merenung masa depan jadi tak selesa la...hehe. plak meja tu betul-betul depan meja pengawas exam tuu... apalagi buat muka selamba dek je lah.
untuk menghilang kan apa yang dirasa hari ni.. haha.. aku gi pekena
nasi kukus + ais blended + roti himpit ayamas = makan banyak.
salam kasih sayang
....zaza zali.....
Saturday, 16 June 2012
HEROIN TERNAMA KARTUN DISNEY
salam semua. korang mesti ingat kan dengan kartun-kartun disney.. masa kecik-kecik dulu minat sangat dengan kartun ni kan. ok sekarang aku nak kongsi heroin-heroin kartun disney ni..
1. MULAN
mulan dianggap heroin disney yang paling berani, paling bijak dan cantik..
cerita ni kelakar.. mulan sanggup menyamar menjadi lelaki bagi menggantikan ayahnya yang telah tua untuk menjadi tentera dalam pasukan tentera china. kelucuan ketika mulan mula belajar menjadi seorang tentera yang kuat dan mengubah cara berjalananya.
2. POCAHONTAS
kerana keberanian dan tindakan nya, dia berjaya merapatkan jurang antara orang-orang
asli Amerika dengan para pendatang dari eropah dan berjaya
menggelakkan berlakunya keganasan dan juga salah faham antara masing-masing. dia juga meletakkan keperluan kaumnya sebelum keperluan dirinya untuk bersama-sama dengan orang yang dicintanya dan tindakan itulah menjadikan dia seorang heroin.
3. LILO & STITCH
lilo ialah seorang gadis hawain yang muda dan berani menentang cabaran. dia mempertahankan dirinya sendiri daripada orang yang memperlekehkan teman baiknya stitch.
4. ALICE IN WONDERLAND
alice sangat tegas dan tidak muda dipermainkan. tidak takut pada cabaran. mencari lelaki sejati dalam hidupnya.
5. PRINCESS JASMINE (ALADDIN)
berani menyuarakan pendapatnya. lari dari istana untuk menggelakan dari berkahwin dengan orang yang tak dicintainya.
6. ESMERALDA (THE HUNCHBACK OF NOTRE DAME)
seorang gadis gipsi yang kuat tapi bijak. tidak bertolak ansur dengan mana-mana ketidakadilan.
7. ARIEL (THE LITTLE MERMAID)
penggembaraan dalam hidupnya. berusaha mencari putera idamanya.
8. MISS BIANCA (THE RESCUERS)
tidak pernah jemu dalam pengembaraan.
9. ELASTIGIRL (THE INCREDIBLES)
seorang wanita dan ibu yang terpaksa melawan musuh untuk menyelamatkan suaminya sendiri.
10. BELLE (BEAUTY AND THE BEAST)
pergorbanan untuk menggantikan ayahnya bersama musuh.
Friday, 15 June 2012
Suria Cinta..
salam semua..
huhu..adakah hari ku dipenuhi dengan kemanjaan mu...jeng. haha
stress ke apa ni... 2 paper jawab exam yang tak berapa nak boleh jawab.
udahlah.. yang jawab dan jawab kan.
dan bila malam-malam sambil bukak nota ditemani suara DJ lin, suria cinta.
aduh.. suara DJ Lin memang best sangat.
syahdu ke aku dengar.
macam mane dia boleh buat suara mcm tu ek??
umm, aku pun ada try jugak..
tapi x menjadi.
hampeh...haha
agak-agak orang x nak dengar suara aku macam tu.
malam-malam layan lagu jiwang dari suria cinta.
ada jugak pendengar yang hantar mesej nak berkenalan kan..
umm, aku x minat la macam tu.
kenapa terdesak sangat ke nak cari teman?
adoi... tapi aku tak salahkan sesiapa.
sebab jodoh itu kita kena usaha. ada orang bertemu jodoh melalui facebook, emel dan media lain kan.
tu atas pilihan masing-masing asalkan bahagia.
bagi yang tengah bercinta, tengah putus cinta, sedang mecari cinta.
boleh la dengar suria cinta ni.
-wink-wink XoXo-
Thursday, 14 June 2012
Tudung bawal dan inner renda
salam semua... hari ini da boring sangat kan nye.. balik kampung hari tu sempat buat gaya tudung baru..huhu
rasa-rasa ok jugak pakai macam ni.. kuar boleh pakai macam ni..
jom nak tengok ea... harap-harap korang suka la nye..huhu
muka aku masa ni tanpa mekap langsung.. x sempat nak mekap.. dan aku suka kan muka yang natural je.. ok x? huhu. dan bila muka aku masa makeup mesti nampak lain. aku ni x suka nak mekap tebal-tebal.. pakai bedak je lah bagi muka x kusam sangat.
-wink-wink XoXo-
Subscribe to:
Posts (Atom)